Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Rakyat miskin Afrika terdedah bahaya racun

sisa

AFRIKA, 16 Disember - Ke manakah sisa barang elektronik dibuang? Apakah ia diolah dan dipergunakan kembali atau dilemparkan ke negara lain? Memang banyak bekas produk elektronik diulang sadur. Tetapi adakah semuanya benar?

Salah satu penemuan ABC.com mengatakan, terdapat rahsia kotor di sebalik sampah elektronik yang tidak boleh diolah kembali. Bekas produk elektronik dari negara-negara seperti Jerman, Amerika dan England ternyata banyak dicampakkan ke Afrika. Di sana, zat berbahaya seperti racun, cadmium dan merkuri meracuni anak-anak.

sisa2Seperti daerah Accra, Ghana, disebut juga daerah Soddom dan Gomorrah, bertan-tan sisa barangan elektronik terkumpul di sana hingga sampah sisa komputer diterbangkan setiap tahun. Kebanyakan komponen dilepaskan dan dibakar oleh masyarakat setempat.

Data Greenpeace mendapati, daerah tersebut memiliki kandungan racun yang sangat tinggi iaitu zat racun, cadmium, arsenic, dioxin, furan dan polychlorinate biphenyls.

Pembuangan sampah tidak terjadi di negara itu sahaja. Banyak juga sampah elektronik dilempar ke Nigeria, Vietnam, China, dan Filipina. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan, sekitar 50 juta tan sampah dilemparkan ke negara yang kurang berkembang atau miskin.

Mengapa sebuah negara maju memilih kawasan membuang sampah ke negara lain? Ambil sahaja contoh sebuah peti televisyen, apabila dihancurkan di negara sendiri memakan kos $5.3 (di Jerman), tetapi apabila dikirim ke negara lain hanya $2.2. Licik bukan? Fikirkanlah...

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner