Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

100,000 dikhuatiri terkorban

a

PORT-AU-PRINCE, 14 Januari - Presiden Haiti, Rene Preval berkata berpuluh-puluh ribu rakyatnya terkorban dalam gempa bumi besar yang berlaku Selasa lalu, tragedi yang dianggap paling buruk sejak 200 tahun. Beberapa kenyataan rasmi lain menganggarkan angka tersebut mungkin melebihi 100,000, manakala berjuta-juta orang hilang tempat tinggal.

Beribu-ribu bangunan runtuh dan para penyelamat mendakwa mendengar banyak suara meminta pertolongan dari bawah timbunan runtuhan. Kebanyakan petugas bantuan mengatakan apa yang terpapar di negara kepulauan Caribbean tersebut sekarang adalah suasana kelam-kabut yang tidak dapat dibayangkan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 14 daripada 9,000 petugasnya terbunuh, manakala persatuan Palang Merah menganggarkan tiga juta penduduk Haiti terjejas dan memerlukan bantuan segera ekoran peristiwa tersebut.

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter dua hari lalu, diikuti beberapa gempa susulan dengan dua yang terbesar berukuran 5.4 dan 5.9 menyebabkan semua bentuk komunikasi tidak berfungsi. Haiti ketika ini disifatkan sebagai sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan.

Istana Presiden turut mengalami kemusnahan teruk tetapi Presiden dan isterinya disahkan selamat.

"Keadaan di Haiti sangat serius dan sangat memprihatinkan. Namun, saya dapat mengesahkan bahawa Presiden Rene Preval dan isterinya selamat, meskipun istana rosak teruk akibat gempa bumi itu," kata Duta Besar Haiti ke Mexico, Robert Manuel.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner