Malaysia Harmoni

Thursday
Mar 11th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Konvoi dihalang polis, 55 cedera

a

RAFAH, 7 Januari - 55 orang cedera dalam suatu ketegangan yang terjadi antara aktivis Viva Palestina dengan polis bantuan Mesir di Pelabuhan al-Arish, Mesir.

Kejadian terjadi setelah autoriti Mesir mengatakan tidak akan membiarkan konvoi 59 trak bantuan kemanusiaan untuk warga Gaza yang dibawa oleh Viva Palestina memasuki Gaza melalui perbatasan Mesir.

Rundingan damai yang ditawarkan oleh para aktivis tersebut untuk mengubah keputusan penguasa Mesir ternyata tidak membuahkan hasil.

Konvoi bantuan kemanusiaan untuk Gaza telah sampai di Mesir sejak Disember tahun lalu, namun hingga kini belum ada satu pun kenderaan tersebut diberi keizinan masuk ke Gaza melalui perbatasan Mesir oleh polis Mesir.

Kenderaan-kenderaan tersebut membawa makanan dan ubat-ubatan untuk warga Gaza yang hingga kini masih disekat oleh Zionis Israel.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner