Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Viva Palestina 3 berjaya masuki Gaza

a

GAZA, 8 Januari - Sebanyak 240 buah ambulans dan kenderaan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Viva Palestina 3 berjaya memasuki Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir dua hari lalu. Konvoi yang membawa ubat-ubatan, makanan, permainan kanak-kanak dan peralatan sekolah ini adalah gabungan insiatif dan sumbangan warga dari 17 negara yang prihatin dan digerakkan oleh seorang ahli parlimen British, George Galloway. Rakyat Malaysia turut menyumbangkan 9 buah ambulans untuk misi ini. Rombongan ini bertolak dari London pada 5 Disember 2009 dan setelah merentas Benua Eropah selama 31 hari, mereka sampai ke Gaza pada 6 Januari 2010.

Meskipun rombongan ini selamat sampai untuk menyerahkan barang-barang bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza, namun misi ini hanya berjaya dilaksanakan setelah menerima pelbagai ujian yang amat berat. Lebih malang lagi, kesukaran yang mereka lalui bukan kerana mereka dihalang oleh Israel tetapi halangan itu datangnya daripada negara Islam sendiri. Mesir sebagai jiran terdekat kepada Gaza diharapkan akan memberi sokongan dan memudahkan laluan konvoi sebaliknya mengenakan pelbagai syarat dan menyukarkan usaha untuk menyalurkan bantuan, bahkan tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan Mesir hampir-hampir menggagalkan harapan untuk menyalurkan bantuan sejumlah USD2 juta sumbangan warga dunia yang prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Mesir bertindak menghalang konvoi untuk mendarat di pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Akibatnya konvoi yang sudah berada di Aqaba, Jordan dan menanti pengangkutan laut untuk menyusuri Laut Merah dan mendarat di pelabuhan Nuweiba terpaksa berpatah balik melalui Syria. Dari Pelabuhan Latakia, konvoi terpaksa menggunakan 3 buah feri untuk ke pelabuhan al-Arish melalui Laut Mediterranean. Pelabuhan al-Arish adalah pelabuhan kecil yang tidak sesuai untuk laluan sejumlah kenderaan sebanyak itu. Di samping itu, pengiring dan sukarelawan terpaksa menaiki kapal terbang dan menyertai kenderaan mereka di pelabuhan al-Arish. Akibat halangan daripada kerajaan Mesir ini, konvoi terpaksa menanggung kos tambahan melebihi USD500,000.

Di al-Arish, pihak berkuasa Mesir hanya membenarkan sebahagian kecil sahaja pengiring memasuki Gaza. Bantahan daripada sukarelawan telah menyebabkan pasport mereka dirampas dan hanya dikembalikan setelah didesak. Kemudian Mesir mengenakan satu lagi syarat iaitu lebih daripada 50 kenderaan mesti diserahkan melalui Israel. Keadaan ini telah menimbulkan bantahan daripada pengiring konvoi. Pihak berkuasa Mesir juga telah bertindak ganas ke atas sukarelawan dengan membaling batu,memukul dan menangkap beberapa orang anggota konvoi termasuk seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom. Dilaporkan sejumlah 55 orang peserta konvoi cedera dalam kejadian tersebut.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner