Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jamarat jambatan canggih

jamarat1

RIYADH, 18 November - Jamarat, jambatan lima tingkat berteknologi tinggi dibina untuk memastikan kelancaran arus jemaah melempar jumrah dalam musim Haji kali ini, Arab News melaporkan semalam.

“Kecanggihan rekaan Jambatan Jamarat adalah untuk memudahkan lima juta jemaah yang akan memenuhi (ruangan ini nanti),” ujar Ketua Jeneral, Saad Al-Khelaiwi yang juga Pembantu Ketua Pasukan Keamanan Haji.

Jambatan berteknologi tinggi itu memiliki 10 pintu masuk dan 12 pintu keluar di keempat-empat tingkatnya bagi memungkinkan mengalirnya arus 300,000 jemaah sejam dan dilengkapi dengan teknologi canggih yang dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam menyelesaikan urusan kesesakan ketika melempar jumrah.

“Kami telah meletakkan 19 ketua di sepanjang jambatan untuk mengawal para jemaah ketika jumlahnya melebihi 300,000 dan akan memerhatikan serta mengawal arus kelancaran jemaah. Para jemaah tidak dibenarkan membawa beg besar dalam aktiviti melontar tersebut,” ujar Khelaiwi.

jamaratHampir tiga juta jemaah akan melemparkan tujuh kerikil (batu-batu kecil) dari belakang pagar atau dari atas jambatan setiap hari selama tiga hari dari setiap tiang setinggi 18 meter di lokasi iblis muncul di hadapan Nabi Ibrahim.

Setiap Muslim dewasa yang mampu dari segi ekonomi wajib melaksanakan ibadah haji, salah satu daripada rukun Islam, sekali dalam seumur hidup.

Projek Jambatan Jamarat bernilai 4.5 juta riyal dilancarkan setelah banyak kali dalam acara melempar jumrah selama beberapa tahun terakhir ini berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, sebagaimana tragedi haji terburuk pernah berlaku, yang menyebabkan 364 orang maut dalam kejadian berasak-asak di pintu masuk jambatan berkenaan pada tahun 2006.

Kerajaan Arab Saudi juga telah melancarkan projek bernilai 500 juta untuk melakar ulang dan mengembangkan Bukit Arafah. Projek tersebut termasuk membangunkan sejumlah jalan, kemudahan layanan dan lokasi papan tanda untuk memudahkan para jemaah.

Selain itu, sebuah jaringan saluran akan dibangunkan untuk air hujan dan menghalang banjir ketika musim haji dan semua itu mencakupi pembangunan lebih daripada 200 bilik air dan jalan sepanjang 700 meter untuk arus laluan jemaah. Justeru, di bawah projek itu, lapan lapisan tanah akan ditinggikan untuk memberikan lebih banyak ruang bagi 100,000 jemaah.

Musim haji dijangkakan mencapai puncaknya tahun ini pada 26 November ketika para jemaah mendaki Bukit Arafah, tempat di mana Nabi Muhammad menyampaikan dakwah terakhirnya 14 abad yang lalu.

Berdiri di Bukit Arafah sebelum matahari tenggelam adalah titik puncak musim haji. Bagi jemaah yang gagal melakukannya tepat pada waktunya, mereka harus mengulanginya dalam perjalanan haji pada masa akan datang.

Last Updated ( Rabu, 18 November 2009 16:17 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor