Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Antarabangsa

'Flotilla' mula berlayar, Israel kian gusar

'Flotilla' mula berlayar, Israel kian gusar

ANTALYA (Turki) - Sebanyak sembilan buah kapal yang membawa lebih daripada 10,000 tan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan dilaporkan berlepas dari bandar pelabuhan ini hari ini.

Pelayaran konvoi 'Lifeline 4 Gaza' (LL4G) atau dikenali juga sebagai 'Freedom Flotilla' (Armada Kebebasan) ini terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal dari Greece. Di Antalya, sebuah kapal penumpang dan dua buah kapal kargo dari Turki bersama kapal-kapal lain dari Sweden, England dan Ireland telah siap sedia menunggu. Sebaik sahaja kapal dari Greece tiba, pelayaran ke Gaza pun dimulakan.

Last Updated ( Jumaat, 28 Mei 2010 07:31 )

Read more...
 

Pelayaran LL4G tertangguh

Pelayaran LL4G tertangguh

ISTANBUL - Pelayaran konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza, 'Lifeline 4 Gaza' (LL4G)  terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah yang dihadapi oleh kapal dari Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan. Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo dari Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal dari Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya setelah masalah tersebut selesai, mungkin dalam beberapa jam lagi.

Last Updated ( Khamis, 27 Mei 2010 15:15 )

Read more...

Sukarelawan LL4G Malaysia tiba di Istanbul

Sukarelawan LL4G Malaysia tiba di Istanbul

(Artikel di bawah adalah catatan rombongan Lifeline 4 Gaza (LL4G) Malaysia di Istanbul, Turki bertarikh 19 Mei 2010) 

Alhamdulillah, syukur kerana kami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kamal Atarturk, Istanbul pada jam 6:08 pagi waktu tempatan, iaitu bersamaan jam 11:08 pagi waktu Kuala Lumpur. Penerbangan terus dari KLIA ke Istanbul ini telah mengambil masa selama 10 jam 10 minit. Cuaca di Istanbul agak sejuk, 14 hingga 16 darjah Celcius. Mereka di sini sudah mula memasuki musim panas, jadi waktu siangnya agak panjang di mana waktu masuk solat Maghrib adalah jam 8:30 malam dan waktu masuk solat subuh adalah jam 4:40 pagi.

Last Updated ( Jumaat, 21 Mei 2010 15:27 )

Read more...

Dunia bergelap sejam

Dunia bergelap sejam

WELLINGTON, 28 Mac – Kepulauan Chatham yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pesisiran pantai timur New Zealand menjadi kawasan pertama di dunia yang bergelap semalam dalam peristiwa yang dikenali sebagai ‘Earth Hour 2010’.

Last Updated ( Isnin, 29 Mac 2010 14:47 )

Read more...

100,000 dikhuatiri terkorban

100,000 dikhuatiri terkorban

PORT-AU-PRINCE, 14 Januari - Presiden Haiti, Rene Preval berkata berpuluh-puluh ribu rakyatnya terkorban dalam gempa bumi besar yang berlaku Selasa lalu, tragedi yang dianggap paling buruk sejak 200 tahun. Beberapa kenyataan rasmi lain menganggarkan angka tersebut mungkin melebihi 100,000, manakala berjuta-juta orang hilang tempat tinggal.

Last Updated ( Khamis, 14 Januari 2010 18:26 )

Read more...
Page 2 of 7

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor