
TRONOH, 2 Mac – Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan Dialog Persefahaman Antara Agama atau Interfaith Understanding Dialogue (InFUD) di Dewan Canselor malam semalam. Dialog bertajuk “The Concept of God According to My Relegious Scripture” dan bertema ’Raikan Perbezaan, Realisasi 1Integrasi’ itu melibatkan kolaborasi terbesar di UTP kerana menggabungkan hampir semua badan pelajar dan kelab di universiti berkenaan dalam sebuah program.











