Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

H1N1 mengajak kita kembali kepada Pencipta

Bilangan kes H1N1 yang kian meningkat semakin membimbangkan. Pelbagai tangapan dibuat terhadap usaha kerajaan untuk membendung gejala ini.

Terdapat pihak yang menganggap tindakan menutup institusi pengajian tinggi dan kem PLKN misalnya sebagai menyumbang kepada penularan wabak ini. Di pihak yang lain, sikap sambil lewa pesakit dan keluarga terhadap perintah kuarantin juga amat dikesali.

Oleh itu, tindakan mutakhir Kementerian Kesihatan untuk menguatkuasakan Seksyen 12(1) Akta Kawalan Penyakit berjangkit amat dialu-alukan. Walaupun dari satu segi ia dianggap agak terlambat, namun ia tetap penting seperti kata ungkapan 'better late than never'.

Sebagai agama yang lengkap dan sempurna, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang amat relevan dalam menangani wabak sebegini.

Pertama, Islam mengutamakan kebersihan sehingga meletakkan kebersihan sebagai separuh dari iman. Islam adalah satu-satunya agama yang menggalakkan umatnya menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal, menjadikan penjagaan kebersihan dan kesihatan sebagai tuntutan agama (religious obligation)  yang diberi ganjaran pahala.

Secara khusus mengenai penularan wabak berbentuk selsema babi, jika umat Islam berpegang teguh dengan sunah Nabi s.a.w., ia mampu membantu mengurangkannya.

Misalnya Nabi s.a.w. menyarankan agar umatnya sentiasa berada dalam keadaan suci dan berwuduk, satu ritual yang melibatkan antara lain membasuh tangan, hidung dan muka. Ini telah dikenalpasti sebagai berpotensi besar mengurangkan risiko penularan penyakit ini.

Perkara kedua yang perlu ditekankan ialah kuarantin. Umat Islam perlu disedarkan bahawa syariat Islam yang mereka dukungi menghendaki supaya mereka berpegang teguh kepada kaedah kuarantin.  Nabi melarang kumpulan yang ditimpa penyakit berjangkit keluar dari kawasan wabak tersebut dan juga melarang orang yang sihat memasuki kawasan yang dilanda wabak.

Memang kuarantin amat menyukarkan kehidupan pesakit dan keluarga tetapi Islam juga mengajar, kepentingan umum didahulukan  mengatasi kepentingan peribadi. Tindakan kuarantin diri dan pengasingan diri (self-distancing) oleh semua individu yang mempunyai simptom berkenaan adalah penting.

Di sebalik kemelut penularan H1N1, terdapat pelbagai pengajaran bagi kita. Penyakit, kematian dan kehilangan orang tersayang adalah ujian daripada Tuhan. Allah menjanjikan kepada kita bahawa Dia akan menguji manusia dengan pelbagai perkara termasuk dengan kesakitan dan kehilangan jiwa.

H1N1 menguji  keyakinan manusia kepada Allah, bahawa semua kita berasal daripada Allah dan kepadanya kita akan dikembalikan. Anak, isteri, suami dan kaum keluarga adalah pinjaman dan amanah sementara semata-mata.

Wabak ini sepatutnya membawa manusia lebih dekat dengan Pencipta-Nya, Tuhan yang menciptakan manusia, juga mencipta penyakit dan penawar. Tiba masanya manusia kembali tunduk dan patuh kepada suruhan Ilahi, meningkatkan doa munajat, menaruh harapan kepada-Nya dan mengamalkan serta mendaulatkan syariat-Nya.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Editorial

Ketua Editor
A Ralim M Yassen
ralim@malaysiaharmoni.com

Editor Kanan
Wan Muhammad Wan Ibrahim
wanam@malaysiaharmoni.com

Editor Penyelaras
Khadijah Azman
dija@malaysiaharmoni.com

Editor Teknikal
Abdul Aziz Nordin
webmaster@malaysiaharmoni.com

Wartawan Foto
Ariz Lokman
ariz@malaysiaharmoni.com