Malaysia Harmoni

Wednesday
Sep 08th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kolumnis

Meraih keampunan di masjid al-Ghufran

Meraih keampunan di masjid al-Ghufran

Tahun ini merupakan tahun ketiga kami beriktikaf di masjid al-Ghufran. Masjid ini dipilih berdasarkan kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung khususnya wanita dan keluarga. Boleh dikatakan setiap tahun ramai daripada kalangan jemaah lelaki, wanita dan keluarga yang menyewa Kamar Musafir al-Ghufran lebih-lebih lagi sepanjang sepuluh malam terakhir.

Last Updated ( Selasa, 07 September 2010 15:22 )

Read more...
 

Graduan Ramadan

Graduan Ramadan

Beberapa hari saja lagi madrasah ramadan 1431 akan menutup pintunya buat selama-lamanya. Tidak ada seorang pun yang berpeluang memasukinya lagi. Jika bernasib baik mungkin ada peluang untuk memasuki madrasah seumpamanya pada tahun hadapan. Jika tidak, maka inilah peluang terakhir yang telah diberikan.

Last Updated ( Ahad, 05 September 2010 13:21 )

Read more...

Bulan al-Quran

Bulan al-Quran

Ramadan adalah satu-satunya bulan yang disebut namanya dalam al-Quran. Ia disebut sebagai bulan turunnya al-Quran. Allah tidak menyebutnya bulan puasa, pada hal puasa adalah ibadah utama yang diperintahkan ke atas umat Islam menunaikannya. Allah tidak menyebutnya bulan qiam, pada hal qiam sangat dituntut dalam bulan Ramadan. Tidak juga ia disebut bulan sedekah, pada hal umat digalakkan membanyakkan sedekah pada bulan Ramadan sehingga diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam sangat-sangat pemurah pada bulan Ramadan seumpama angin yang bertiup kencang.

Last Updated ( Selasa, 24 Ogos 2010 12:24 )

Read more...

Andainya aku hidup sepanjang Ramadan...

Andainya aku hidup sepanjang Ramadan...

Pintu Ramadan terkuak lagi! Puji-pujian bagi Allah yang masih terus memberi kesempatan ini kepada kita. Cuma sempatkah kita mendakap dan memapah seluruh Ramadan itu sekali lagi? Kalaupun ditakdirkan Allah kita akan menemaninya sampai ke garis hujung, sudahkah kita bersedia di garis mula ini? Apakah persediaan paling penting ketika menyambut kedatangan Ramadan?

Last Updated ( Rabu, 11 Ogos 2010 10:30 )

Read more...

Sikap remaja Muslim menjelang Ramadan

Sikap remaja Muslim menjelang Ramadan

Hari demi hari berlalu. Minggu demi minggu meninggalkan kita. Bulan demi bulan silih berganti. Tidak lama lagi bulan paling mulia akan tiba.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

“Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat; bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

Last Updated ( Isnin, 09 Ogos 2010 11:21 )

Read more...
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 20

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor