Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Diterimakah amalan kita? – Bahagian II

menung

Iman adalah ucapan dan perbuatan

Mengucapkan kalimah “Saya beriman”, memang sangat mudah dan ringan di mulut. Akan tetapi bukan hanya sekadar itu kemudian seorang itu merasakan telah sempurna imannya. Ketika mengatakan dirinya beriman, maka seseorang memiliki konsekuensi yang harus dijalankan dan ujian yang harus diterima, iaitu bersedia untuk melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya baik yang berat mahupun sukar, disukai atau tidak disukai.

Konsekuensi iman ini banyak faktornya dan yang utamanya bersedia menundukkan hawa nafsu serta mengawalnya agar sentiasa berada dalam redha Allah, mengutamakan apa yang diperintahkan Allah dan menyingkirkan segala sesuatu yang dilarangnya. Demikian juga dengan memperhambakan diri di hadapan Khaliq.

Melaksanakan segala yang disyariatkan Allah serta mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, juga mengakui tentang perkara-perkara ghaib merupakan konsekuensi iman. Meninggalkan segala yang dilarang Allah dan Rasul-Nya juga merupakan konsekuensi iman.

Selain itu, memuliakan orang-orang yang melaksanakan syariat Allah, mencintai dan membela mereka, merupakan konsekuensi iman. Dan kesiapan untuk menerima segala ujian dan cubaan dalam mewujudkan keimanan tersebut merupakan konsekuensi daripada iman itu sendiri.

Allah berfirman dalam al-Quran:

“Alif lam mim. Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan untuk mengatakan kami telah beriman lalu mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka agar Kami benar-benar mengetahui siapakah antara mereka yang benar-benar beriman dan agar Kami mengetahui siapakah antara mereka yang berdusta.”

(Al-Ankabut 29: 1-3)

Imam as-Sa`dy dalam tafsir ayat ini mengatakan: “Allah telah berfirman dalam ayat ini tentang kesempurnaan hikmah-Nya. Termasuk daripada hikmah-Nya bahawa setiap orang yang mengatakan “aku beriman” dan mengaku pada dirinya keimanan, tidak dibiarkan berada dalam satu keadaan sahaja, selamat daripada segala bentuk fitnah dan ujian dan tidak ada yang akan mengganggu keimanannya. Kerana seandainya perkara keimanan itu demikian (tidak ada ujian dan gangguan dalam keimanannya), nescaya tidak dapat dibezakan antara siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang berpura-pura, serta tidak akan boleh disamakan antara yang benar dan yang salah.”

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang paling hebat cubaannya adalah para nabi, kemudian setelah mereka, kemudian setelah mereka.”

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi daripada sahabat Abu Sa`id al-Khudri dan Sa`ad bin Abi Waqqas radhiallahu anhuma, disahihkan oleh Syeikh al-Albani Rahimahullah dalam Sahihul Jami’ no.992 dan 993)

Ringkasnya, iman adalah ucapan dan perbuatan iaitu mengucapkan dengan lisan serta beramal dengan hati dan anggota badan, dan memiliki potensi yang harus diwujudkan dalam kehidupan, iaitu amal.

(Bersambung...)

Last Updated ( Khamis, 17 Disember 2009 17:23 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor