
Sejak enam puluh tahun dulu, Israel sering mendapat sokongan dari negara-negara Barat yang kononnya mendukung prinsip-pronsip demokrasi dan hak asasi manusia. Bahkan jenayah yang terang-terangan dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin khususnya sentiasa dilindungi oleh kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat. Sebaliknya Israel pula yang digambarkan sebagai mangsa dalam percaturan politik timur tengah. Media barat memainkan peranan utama dalam membentuk pandangan umum yang palsu terhadap hakikat Israel yang sebenar. Melalui media elektronik, cetak dan kini media internet, Israel digambarkan sebagai mangsa yang sentiasa terdedah kepada ancaman pengganas dan negara-negara Arab yang bersiap untuk menghapuskan entiti Yahudi zionis itu dari peta dunia. Persoalannya, benarkah Israel seperti yang digambarkan itu?






