Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Perbicaraan Anwar ditunda ke petang

a

KUALA LUMPUR, 2 Februari - Perbicaraan ke atas pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pagi tadi ditunda sebentar ke petang selepas pihak pembela memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan Anwar mendapatkan dokumen dan bahan-bahan penting lain.

aBahan-bahan tersebut termasuklah sampel spesimen DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang mendakwa diliwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika bercakap kepada para pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini, Anwar menegaskan bahawa beliau mahu supaya perbicaraan dimulakan hari ini, tetapi dokumen mestilah diserahkan kepadanya hari ini juga.

"Sehingga hari ini kita belum dapat lagi (dokumen). Dia sibuk nak suruh kes mula, saya kata kita mula hari ni, tapi bagi dokumen hari ni. Bagaimana kita nak check DNA kalau dokumen tidak ada? Yang kedua, kalau kita dah sanggup datang ke mahkamah, orang yang terlibat menyebabkan pertuduhan ke atas saya, termasuk Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah mesti hadir ke mahkamah menjekaskan keadaan ini... Saya nak tengok sistem ini adil atau tidak," kata Anwar.

aAnwar mempersoalkan mengapa beliau hendak dinafikan hak untuk membela diri. Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti bahawa Najib dan Rosmah terlibat mempengaruhi Saiful. Justeru, beliau mahu segala-galanya didedahkan dalam mahkamah kerana penjelasan dalam mahkamah boleh disoal jawab.

Terdahulu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat turut membuat ucapan ringkas kepada kira-kira 300 orang yang hadir. Antaranya termasuklah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

aKetibaan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada jam 9.20 pagi agak mengejutkan kerana ini kali pertama beliau hadir untuk mengikuti prosiding perbicaraan kes Anwar. Menyedari kehadirannya, para jurufoto berasak-asak untuk mengambil gambarnya dari jarak dekat.

Berapa kekecohan juga berlaku. Kali pertama apabila sepanduk yang direntangkan oleh penyokong Anwar cuba dirampas oleh pihak polis. Sepanduk bertulis 'Himpunan bantah fitnah ke-2' itu bagaimanapun tidak jadi dirampas apabila orang ramai membantah tindakan polis tersebut. Ia sebaliknya dilipat dan disimpan.

Seorang pegawai polis kemudian menjerit meminta para jurufoto meninggalkan lobi mahkamah untuk hanya berada di luar kerana menurutnya kawasan lobi mahkamah juga adalah kawasan larangan menggunakan kamera. Tindakan beliau secara spontan disorak dan diejek oleh orang ramai yang terus melaungkan 'Reformasi' dan 'Allahu Akbar'. Akhirnya pihak polis terpaksa mendiamkan diri.

Seorang penyokong warga emas yang kelihatan sangat teruja pada mulanya tiba-tiba diserang sakit dan pengsan. Orang ramai yang berada berhampiran beliau bersegera mendapatkan bantuan kecemasan dan sebuah ambulans yang tiba pada jam 9.30 terus membawanya ke Hospita Kuala Lumpur.

Perbicaraan akan dimulakan semula jam 2.30 petang ini.

a

a

a

 

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner