Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Wanita JIM Selangor kecam “No Panties Campaign”

a

SHAH ALAM, 13 Februari - Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya kempen ”no panties” pada Hari Valentine yang hangat dipromosikan kepada pelajar-pelajar wanita institusi pengajian tinggi.

Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim dalam satu kenyataan media semalam meluahkan rasa sedih yang amat sangat apabila kempen tersebut tidak dilihat sebagai tindakan yang menjijikkan dalam kalangan pelajar wanita malahan mereka menyambutnya dengan gembira.

Kempen tersebut bertujuan menggesa para pemudi mengambil tindakan sedemikian bagi menyambut Hari Valentine sebagai luahan tanda cinta sejati mereka terhadap pasangan masing-masing.

"Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan pelajar Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan dan tahap kecerdasan minda yang tinggi dengan kebolehan intelek yang baik. Golongan pelajar yang terpengaruh dan disibukkan oleh aktiviti-aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya telah tertipu oleh pihak yang mempromosikan kempen ini," kata Dr Ruziaton.

"Reaksi para pelajar berkenaan mengenai kempen tersebut jelas menunjukkan bahawa pemuda-pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat. Golongan muda-mudi di negara ini harus diingatkan kembali agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikannya dengan harga yang murah. Kelebihan akal manusia yang dikurniakan Allah subhanahu wataala sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik buruknya sesuatu tindakan," tambahnya.

Wanita JIM Selangor mengingatkan bahawa sambutan Hari Valentine bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyarankan kempen yang keji ini sangat menyedihkan. Mereka berharap semua pelajar wanita terutamanya golongan Muslim menjauhi promosi ini dan tidak diperbodohkan oleh saranan dangkal tersebut. Kempen ini jelas bertentangan dangan ajaran Islam dan bercanggah dengan amalan murni dalam masyarakat madani.

"Wahai para gadis, jangan cemari intelektual dan maruah anda dengan menyertai promosi keji ini!" pesan Dr Ruziaton mengakhiri kenyataannya.

Last Updated ( Sabtu, 13 Februari 2010 14:42 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor