Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Nasional

IKRAM sedia bantu bangunkan sistem pentaksiran pelajar

IKRAM sedia bantu bangunkan sistem pentaksiran pelajar

SERI KEMBANGAN - Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), IKRAM atau nama penuhnya Pertubuhan IKRAM Malaysia menawarkan diri untuk membantu kerajaan membangunkan sistem pentaksiran pelajar yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Perkara tersebut terkandung dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Presiden pertubuhan itu,  Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad semalam.

Last Updated ( Khamis, 01 Julai 2010 09:24 )

Read more...
 

Tangani perbezaan secara ilmiah, bukan melabel - IKRAM

Tangani perbezaan secara ilmiah, bukan melabel - IKRAM

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah, demikian menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad.

Last Updated ( Khamis, 01 Julai 2010 08:41 )

Read more...

JIM disebut tapi bukan Jamaah Islah Malaysia

JIM disebut tapi bukan Jamaah Islah Malaysia

BANDAR BARU BANGI - Kontroversi yang timbul ekoran dakwaan bahawa Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin mengaitkan beberapa tokoh agama, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan dengan fahaman Wahabi dan terorisme sedikit terlerai apabila enam wakil Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengadakan pertemuan dengan Zamihan di pejabatnya petang tadi.

Last Updated ( Sabtu, 26 Jun 2010 10:38 )

Read more...

Dr Mohd Parid memimpin IKRAM

Dr Mohd Parid memimpin IKRAM

KUALA LUMPUR – Dr Mohd Parid bin Syeikh Ahmad mungkin tidak dikenali oleh ramai anggota masyarakat. Namun, ketika pihak media mengikuti pidato beliau pada pagi 20 Jun 2010 di Majlis Pelancaran IKRAM, di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC), Seri Kembangan, ramai melihat akan kemunculan seorang tokoh baru dalam memimpin gerakan Islam bersifat massa.

Last Updated ( Selasa, 22 Jun 2010 15:22 )

Read more...

Penjara Pudu menyembah bumi

 Penjara Pudu menyembah bumi

KUALA LUMPUR - Kawasan yang dipagar‪i tembok batu setinggi 4.5 meter dan panjangnya 398 meter itu memang menjadi satu tarikan di tengah-tengah bandar raya. Namun tiada seorang pun manusia yang waras akalnya di dunia ini tertarik untuk pergi ke sana, apatah lagi menjadi penghuni di dalamnya buat tempoh yang lama.

Last Updated ( Selasa, 22 Jun 2010 08:29 )

Read more...
Page 4 of 24

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor