
Usai solat, aku bermonolog sendirian melahirkan buah-buah fikiran. Lama aku termenung mencari-cari sebab untuk aku merasa 'bertuah' kerana bernafas di bumi bernama Malaysia yang aman dan serba damai. "Kita patut bersyukur kerana negara kita aman damai...” itu kata-kata orang ramai yang sering kudengari. Namun... sejauh mana 'nilai', 'kualiti' dan 'keindahan' yang kita miliki di atas kedamaian ini?






