
JOHOR BAHRU, 10 Februari – Maahad Johor membuktikan bahawa isu Palestin terus relevan dan tidak akan luntur daripada kalbu warganya.
Biarpun serangan intensif ke atas Gaza pada akhir tahun lalu berakhir, namun mereka yakin bahawa isu Gaza, isu Palestin masih belum selesai selagi Baitul Maqdis belum dibebaskan daripada cengkaman tangan jijik Zionis.
Prof Madya Dr Abdul Rahim Mohd. Yusoff, aktivis Palestine Centre for Excellence (PACE) dijemput untuk memberi ceramah berkaitan isu perdana Palestin.
Tragedi serangan ke atas Gaza tahun lepas dirincikan; sebab serangan, statistik peperangan, di samping isu-isu pascapeperangan Gaza termasuk tekanan terhadap Israel.
Abdul Rahim turut membicarakan kaitan isu Palestin dengan akidah. Turut disentuh, apakah tugas dan tanggungjawab ke atas warga pelajar yang rata-rata merupakan audiens dalam majlis tersebut.
Seramai kira-kira 600 orang pelajar dan kakitangan Maahad Johor hadir dalam majlis bertempat di Dewan al-Qadisiah, manakala majlis dipengerusikan oleh pelajar Maahad Johor yang merupakan OKU (orang kelainan upaya)!
Suasana agak hangat dengan pelbagai soalan menarik sewaktu sesi soal jawab, sekali gus menjadi simbol keprihatinan sekumpulan Generasi-Y di Johor Bahru terhadap isu Palestin.



(Foto-foto oleh HISHAM WALAT)
| < Prev | Next > |
|---|


