Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Polis mesra rakyat di Bukit Katil

Polis di Bukit Katil

MELAKA, 16 Mei - Satu majlis Polis Bersama Pemimpin Dan Masyarakat Peringkat Parlimen Bukit Katil telah berjaya diadakan di Taman Seri Jati Batu Berendam hari ini.

Program yang bertujuan untuk mendekatkan institusi polis kepada masyarakat ini berjaya menarik lebih kurang 800 pengunjung. Pelbagai acara istimewa seperti pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Kolej Yayasan Melaka dan berbagai-bagai lagi turut diadakan. Program ini adalah anjuran Polis Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama JKKK Kampung Sungai Putat.

Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, dalam ucapan perasmiannya menyatakan sokongan kerajaan negeri kepada usaha pihak polis dalam mendekatkan institusi itu kepada masyarakat. Kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan dan menyumbang sebuah Balai Polis Bergerak yang berharga lebih kurang RM130,000 untuk kegunaan pihak polis di negeri ini. Beliau juga menggalakkan pihak swasta agar bersama-sama dalam usaha menyemarakkan aktiviti seperti ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah ahli Parlimen Bukit Katil, Dato' Mat Sirat Abu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Putat, CEO Kolej Yayasan Melaka dan beberapa wakil parti politik dan badan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Orang ramai terutamanya penduduk berdekatan menyatakan rasa syukur atas pemilihan kawasan ini bagi mewakili Parlimen Bukit Katil. Salah seorang pengunjung yang ditemui, En. Mohd Fauzi Janal (gambar) menyatakan pandangan positif beliau atas usaha yang murni ini.

Polis di Bukit Katil
"Ia sekali gus akan mengeratkan silaturahim antara penduduk dengan pihak polis dan sekurang-kurangnya kita dapat mengenali siapa pegawai polis yang berkenaan di kawasan tempat tinggal kita. Jadi, mudahlah bagi kami penduduk untuk berurusan dengan beliau terutamanya jika terdapat kes-kes berkaitan keselamatan,"
tegas beliau lagi.

Majlis yang julung kalinya diadakan di kawasan parlimen ini turut diisi dengan aktiviti seperti demonstrasi membanteras jenayah, pertunjukan anjing pengesan dadah dan acara silat. Cabutan nombor bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal dan berbagai-bagai hamper diadakan bagi menutup majlis kali ini.

Polis di Bukit Katil

Demontrasi anjing mengesan dadah turut diadakan.

Polis di Bukit Katil
Last Updated ( Khamis, 09 Julai 2009 16:52 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor