Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Isteri calon PAS giat berkempen

isteri calon

BAGAN PINANG, 10 Oktober – Majlis Penyampaian Hadiah Sukaneka bersama isteri calon yang bertanding, Puan Saiyah Hj Tarmizi yang dipengerusikan oleh Puan Norwani Ahmad disambut meriah oleh warga kampung Bagan Pinang.

“Kita musnahkan kubu kuat BN untuk Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan keharmonian terpelihara, bukan bercerminkan pemimpin perasuah dan penindas rakyat,” ujar Saiyah dalam ucapan bagi membantu suaminya, Zulkefly Mohamad Omar.

Dalam program berkaitan, ibu kepada enam cahaya mata itu menyarankan agar masyarakat tempatan membuat perubahan buat pilihan raya kecil (PRK) kali ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat iaitu calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menjelang hari mengundi, isteri calon bersama Muslimat hebat meneruskan agenda mendekati dan menyelami hati pengundi-pengundi serta menerangkan kepada masyarakat mengenai hasrat calon PAS bagi PRK Bagan Pinang dengan moto ‘Bersama Kehendak Rakyat’.

“Memilih calon PAS adalah bertujuan meningkatkan dan memartabatkan lagi syariat Islam,” begitulah penegasannya sebelum menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang menang dalam empat acara dipertandingkan iaitu congkak, soduku, catur dan karom

Pengerusi majlis selaku Ketua Muslimat Rembau ketika ucapan aluannya mengatakan, wajah isteri calon tidak menampakkan sudah berusia 42 tahun tetapi seperti wanita muda yang senantiasa disinari ‘Bulan Purnama’ (merujuk kepada PAS).

“Siapa kata PAS tidak dapat memberikan pembangunan? Lihat sahaja negeri Kelantan sebagai buktinya”, tegasnya lagi dalam membidas isu yang dibangkitkan BN kepada rakyat dalam PRK kali kesembilan ini sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Program sepagi bersama isteri calon ini diakhiri dengan jamuan makan dan beramah mesra bersama sekalian yang hadir.

hadiah

petugas

Last Updated ( Rabu, 28 Oktober 2009 13:17 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor