Malaysia Harmoni

Thursday
Mar 11th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Nilai mas kahwin dinaikkan

mahar

SHAH ALAM, 15 Disember - Mulai 1 Januari 2010, wanita Muslim di Selangor akan menerima mas kahwin (mahar) minimum RM300 daripada calon suami mereka.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengatakan langkah tersebut adalah untuk memberikan kesan yang lebih baik dan meningkatkan status wanita di negara ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengatakaan nilai baru tersebut telah dipersetujui oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nilai mahar sekarang adalah RM80 bagi Muslimah yang masih gadis dan RM40 bagi wanita yang pernah bernikah atau janda. Nilai mahar tersebut tidak pernah diubah sejak 1968.

"Nilai baru ini layak dan tidak membebankan pasangan yang akan bernikah dan mereka seharusnya tidak merasa terbeban. Jika mereka mampu memberikan itu, masa depan suami harus memberi lebih banyak untuk pengantin mereka.

"Bagaimanapun, ia hanya minimum RM300 dan peraturan baru itu tidak akan membebankan seseorang," katanya dalam kenyataan akhbar setelah melancarkan kad perkahwina pintar baru bagi pasangan Muslim di Selangor.

Khusrin mengatakan nilai mahar baru akan digabungkan, antara wang mahar dan hadiah hantaran sebagaimana yang telah diperkenalkan di Kelantan dan Terengganu.

Sementara mahar disusun oleh Jabatan Agama, hadiah hantaran biasanya ditentukan oleh keluarga pasangan yang akan bernikah.

Sebelumnya, Khusrin mendesak pasangan Muslim khususnya mereka yang baru saja bernikah atau yang akan bernikah di Selangor untuk mendapatkan kad perkahwinan pintar baru sebagai pengganti kad lama yang senang dipalsukan dengan mudah.

Kad baru, kata Khusrin, memiliki beberapa ciri keselamatan dan kemudahan cabggih yang membuatnya sukar untuk dipalsukan.

“Kad tersebut yang dilengkapai dengan cip pintar, menyediakan maklumat lengkap tentang pasangan yang sudah bernikah termasuk nama mereka, foto, tempat mereka bernikah dan nombor siri perkahwinan mereka.

Tambahnya lagi, “Meskipun kad tersebut tidak diwajibkan, namun pasangan Muslim yang bernikah digalakkan untuk menukar kad lama mereka kepada kad pintar yang baru. Ini perlu untuk membantu JAIS, khususnya bagi menegakkan undang-undang.”

Ketika ini, kad tersebut hanya dapat diproses di pejabat JAIS saja dengan bayaran RM40 untuk 2 kad pasangan suami isteri.

Bagi pasangan yang tinggal di negeri lain, boleh mengajukan ke Jabatan Agama terdekat negeri masing-masing dan boleh mengambil kad di tempat tersebut dalam tempoh lima hari bekerja.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner