Malaysia Harmoni

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kelantan rai ketua-ketua agama

a

KOTA BHARU, 24 Januari - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil langkah positif dengan menjemput ketua-ketua agama yang mewakili lima agama utama negara ini ke satu majlis jamuan makan pada 28 Januari 2010. Majlis yang dinamakan Jamuan Muhibbah Antara Agama itu dilihat sebagai jambatan untuk merapatkan lagi hubungan antara penganut-penganut agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh.

Menurut Tuan Guru, majlis tersebut dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memupuk hubungan antara agama serta mengekalkan suasana aman dalam negeri yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia sejak dahulu lagi.

Dianggarkan seramai 200 orang tokoh-tokoh dari setiap agama, termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir dalam majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di sini.

 

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner