Malaysia Harmoni

Thursday
Sep 09th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PAS lawan BN: MAFREL gesa SPRM lebih menonjol

pas vs bn

KUALA KRAI, 6 Julai – Perlawanan satu lawan satu. Telah sah Barisan Nasional akan bertemu dengan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) N41 Manek Urai dengan tempoh kempen selama lapan hari dari tarikh hari ini hingga 14 Julai.


Barisan Nasional menampilkan Tuan Aziz bin Tuan Hamid @ Tuan Mat, 40 sebagai calonnya manakala PAS mengemukakan Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Perkara yang kritikal kini ialah memastikan semua pihak menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya tatkala pelbagai strategi diatur oleh parti serta penyokong-penyokong yang ramai membanjiri Manek Urai.

Kedua-dua parti wajar menentukan setiap aktiviti kempen yang berupa ceramah atau penggantuangan poster dan kain pemidang tidak mempunyai unsur provokasi dan mengapi-apikan sehingga mendorong tindakan yang tidak diingini. Begitu juga halnya dengan semua pihak atau agensi lain yang terlibat dalam PRK ini.

Sementara itu, Malaysians for Free and Fair Election (MAFREL) dalam kenyataan akhbar terbaru menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya lebih menonjol dan menzahirkan kewujudan mereka dalam PRK Manek Urai ini.

Ini memandangkan kempen pilihan raya sudah bermula dan MAFREL sangat khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan dan agensi kerajaan daripada berbagai-bagai pihak yang terlibat.

Pengarah SPRM negeri Kelantan, Encik Mohd Jaafar bin Hj Hussen semasa menerima lawatan kunjungan exco MAFREL Kelantan di pejabatnya pada 3 Julai menyatakan, SPRM mengadakan operasi berterusan dalam pilihan raya kecil Manek Urai. SPRM mengharapkan orang ramai dapat memberi maklumat yang lebih tepat dan lengkap jika ada sesiapa yang mengetahui mengenai amalan rasuah atau apa-apa yang yang disyaki mengenainya

MAFREL sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah dan berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan preventif.

MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihan raya kecil Manik Urai:

1. Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

2. Melancarkan talian hotline, servis pesanan segera (sms) dan e-mail untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

3. Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihan raya dengan cara:

i. Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.
ii. Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar

Penduduk Manek Urai wajar disantuni dan diberi contoh yang terbaik oleh setiap pemimpin yang hadir, penggerak parti dan agensi yang terlibat dalam PRK kali ini dengan menghormati hak mereka sebagai rakyat dan pengundi.

 manek urai 1

manek urai 2

Last Updated ( Rabu, 28 Oktober 2009 13:35 )  

Tulis Kepada Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MalaysiaHarmoni mengalu-alukan sebarang pandangan, artikel atau komentar anda mengenai sesuatu isu. Sila hantarkan pandangan, artikel atau komentar anda tersebut melalui e-mel kepada editorial@malaysiaharmoni.com. Sertakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda di bahagian atas e-mel (sebelum komentar/artikel) . E-mel tanpa maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi tetap perlu menyertakan nama penuh. Nama samaran anda akan digunakan. Pihak editorial Malaysia Harmoni berhak untuk menerbitkan atau menolak komen atau artikel anda tanpa perlu memberi sebab atau alasan.

Sekian, terima kasih

A Ralim M Yassen
Ketua Editor