Anda di sini: Antarabangsa > Egypt > FJP menang 47 peratus kerusi parlimen

FJP menang 47 peratus kerusi parlimen

Share

FJPKAHERAH - Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah memenangi hampir separuh kerusi parlimen Mesir, demikian dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, selepas menilai hasil akhir pilihan raya maraton tersebut.

“Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi 235 kerusi di Majlis Rakyat baru, atau 47.18 peratus,” ujar Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, Abdel Moez Ibrahim.

Menurutnya, ia mengukuhkan pengiraan suara sebelumnya, yang menunjukkan keunggulan parti-parti Islam dalam pilihan raya yang diadakan setahun selepas tumbangnya rejim Hosni Mubarak.

Berdasarkan hasil keputusan itu, FJP yang merupakan sayap politik gerakan dakwah terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin menjadi fraksi terkuat daripada keseluruhan 498 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Dalam pada itu, Parti Al Nur atau juga dikenali sebagai kumpulan Salafi yang berhaluan konservatif meraih 121 kerusi.

“Parti-parti sekular dan liberal hanya mencapai kejayaan suara yang kurang memuaskan,” lapornya lagi.

Parti liberal Wafd hanya memperoleh sekitar 8 peratus suara atau 42 kerusi dan Parti Perikatan Mesir yang berhaluan sekular hanya meraih sekitar 7 peratus suara atau 33 kerusi.

Media massa Mesir melaporkan, 15 parti mempunyai wakil masing-masing di parlimen.

Bagaimanapun, parti remaja revolusioner yang berperanan besar menumbangkan rejim Mubarak, parti wanita dan parti Kristian tidak diwakili di parlimen.

Majlis Rakyat atau Majlis Parlimen terdiri daripada 498 ahli parlimen yang dipilih manakala 10 ahli lagi dilantik oleh tentera yang berkuasa.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook