Jumaat, 24 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Egypt > Kerusi Presiden milik Mursi

Kerusi Presiden milik Mursi

Share

morsi menang

KAHERAH - Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) telah mengumumkan calon mereka, Mohammed Mursi, sebagai pemenang pilihan raya presiden Mesir, dan keputusan undi tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului lawannya Ahmed Syafiq lebih daripada satu juta undi.


Ikhwan yang mengadakan sidang akhbar pada awal pagi Isnin mengumumkan, daripada kira-kira 13,000 pusat mengundi di seluruh negara, Mursi memperoleh 12.7 juta undi, manakala Shafiq mendapat 11.84 juta undi.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, para penyokong Ikhwan melaungkan “Pemerintahan tentera sila berundur!"

Dalam ucapannya, Mursi memberi penghargaan khas kepada keluarga syuhada yang terbunuh semasa revolusi, dan berjanji untuk mengembalikan hak-hak mereka menurut undang-undang. Beliau juga berjanji kepada penganut Kristian Koptik Mesir bahawa setiap orang daripada mereka akan menjadi sebahagian daripada ‘keluarga beliau’. Beliau tidak akan bersikap ‘membalas dendam’ sebaliknya berjanji untuk bekerja buat seluruh rakyat Mesir.

"Terima kasih Tuhan yang membimbing penduduk Mesir ke jalan yang betul ini, jalan kebebasan dan demokrasi," katanya sambil berikrar untuk bekerja demi negara yang sivil, demokratik, berperlembagaan dan moden.


Comments  

 
+1 #2 Fadzil bin Hj Abdull 2012-06-19 07:45
Tajuk berita kurang menyenangkan. Rakyat Mesir memberi mandat untuk Morsi memimpin lebih cantik dan lebih harmoni sebagai tajuk. Ufuk pemikiran yang perlu digarap bahawa kerusi itu bukan pertarungannya tetapi aspirasi rakyat yang telah turun ke Medan Tahrir berbekal iman yang menjadikan itu satu kenyataan. Kenyataan yang mengundang tribulasi yang lebih berat untuk membawa perubahan pada dasar-dasar negara dan bukan sekadar kerusi presiden.
Quote
 
 
0 #1 Abu Mujahid 2012-06-18 15:06
Tahniah

Sebak didada mendengar Ikhwan menang Presiden Mesir

Semoga Dunia disinari Keadilan Islam

Takbir , Allah hu Akbar
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook