
KAHERAH - Setelah mengumumkan kemenangan dalam pilihan raya Presiden Mesir 2012, Ikhwanul Muslimin (IM) mencabar Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir atau SCAF yang mengambil alih kekuasaan legislatif.
“Kami tidak perlu mendengar alasan-alasan daripada mereka kerana apabila mereka ingin menyerahkan kuasa, mereka hendaklah menyerahkannya kepada parlimen," ujar jurucakap Ikhwan Jihad el-Haddad.
SCAF sebelum ini sudah berjanji untuk menyerahkan kekuasaan kepada rakyat setelah pilihan raya Presiden berakhir.
“Kami, Ikhwanul Muslimin bertekad akan menghadapi jeneral-jeneral yang bergabung dalam SCAF bagi rundingan.”
Selain itu, mereka bersedia menentangnya di mahkamah dan mengancam akan kembali membanjiri jalanan sekiranya tentera menolak untuk menyerahkan kuasa.
“Ini seperti papan catur, mereka (tentera) bergerak dan kami pun bergerak,” tegasnya.
Keputusan SCAF memang cukup menuai kecaman daripada kalangan warga Negara Piramid tersebut.
“Namun dua orang pegawai SCAF mengatakan bahawa beliau menyesal setelah membubarkan parlimen yang dikuasai oleh kumpulan Islam itu.”
Walaupun sudah mengeluarkan perlembagaan sementara dan menjaga kekuasaan legislatif, mereka akan segera melantik seorang jeneral untuk menjadi kakitangan Presiden dan ia bersedia untuk menyerahkan kekuasaan kepada rakyat.
“Percayalah kepada tentera. Kami tidak mahu kuasa kerana kami akan memberikan kuasa kepada Majlis Rakyat,” ujar pegawai tentera Mesir Jeneral Mandouh Shanin.



