Anda di sini: Antarabangsa > Fiji > Cuti sempena keputeraan Ratu ‘dipadam’

Cuti sempena keputeraan Ratu ‘dipadam’

Share

SUVA - Rejim tentera Fiji ‘memadamkan’ hari ulang tahun keputeraan Ratu Elizabeth II dari senarai cuti tahunan negara itu setelah mempertimbangkan bahawa cuti untuk memperingatinya tidak relevan dengan keadaan negara bekas tanah jajahan Inggeris itu.


ratu“Menghilangkan hari ulang tahun Ratu Elizabeth II dalam senarai hari cuti tahunan akan meningkatkan produktiviti ekonomi negara,” kata kerajaan tentera yang dipimpin oleh Voreqe Bainimarama.

Jurucakap Kementerian Tenaga Kerja Fiji Jone Usamate, berkata, peringatan ulang tahun kelahiran Ratu wajar ditiadakan dalam kalender Fiji seiring dengan pertukaran status negara ini menjadi republik dan berstatus bangsa yang merdeka.

“Kami fokus pada produktiviti dan pertumbuhan sehingga memutuskan untuk memotong hari cuti, memandangkan hari cuti akan menjadi bebanan dalam urusan perniagaan dan pemerintahan,” kata Usamate.

Ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II umumnya masih kerap diwarnakan merah sebagai tanda hari cuti di beberapa negara koloni Inggeris seperti Australia dan New Zealand, namun tidak dilakukan di United Kingdom.

Fiji merdeka daripada jajahan Inggeris pada 1970 dan mengisytiharkan negaranya sebagai republik pada 1987 setelah terjadi rampasan kuasa tentera kedua dari empat rampasan kuasa yang pernah berlaku di negara itu.

Untuk mengurangkan pengaruh Inggeris, Fiji khabarnya juga telah menukar imej mata wang dari gambar Ratu Elizabeth menjadi gambar fauna dan flora tempatan.

Sebelumnya, Inggeris menyokong penangguhan sementara keahlian Fiji daripada Negara-negara Komanwel pada 2009 lalu, setelah rejim Bainimarama melanggar perjanjian untuk mengadakan pilihan raya.

Namun desas-desus mengatakan negara yang terletak di bahagian selatan Pasifik itu akan mengadakan pilihan raya pada 2014.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook