Anda di sini: Antarabangsa > France > Bangladesh didesak buka kembali pintu bantuan

Bangladesh didesak buka kembali pintu bantuan

Share

rohingya

PARIS - Kerajaan Perancis kesal keputusan Bangladesh untuk menghentikan tiga pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang berusaha membantu pelarian etnik Rohingya.

“Kami mendesak pihak berkuasa di Dhaka (Bangladesh) untuk tidak menolak bantuan terhadap penduduk (Rohingya) yang hidup dalam ancaman sehinggalah perdamaian dicapai,” ujar jurucakap Kementerian Luar Negera Perancis.

Sebelum ini, tiga pertubuhan kemanusiaan yang bertugas di sempadan Cox Bazaar, Bangladesh diperintahkan untuk menarik bantuannya bagi pelarian etnik Rohingya.

“Dua daripada tiga pertubuhan itu berasal dari Perancis iaitu Doctor Without Borders (Medecins sans Frontieres) dan Action Against Hunger,” katanya.

Selain itu, pertubuhan Muslim Aid UK juga turut diarahkan menghentikan bantuan mereka di Cox Bazaar.

“Kerajaan Bangladesh menganggap pertubuhan-pertubuhan ini mencetuskan penambahan jumlah pelarian ke wilayah sempadan tetapi kami mendesak agar bantuan boleh disalurkan kembali.”

Alasan yang dikeluarkan pihak Bangladesh itu  terlalu berlebihan, katanya.

“Pertubuhan-pertubuhan tersebut sudah memberikan bantuan kesihatan dan latihan kepada para pelarian di Cox Bazaar sejak awal 1990 dan mengendalikan klinik yang mampu menampung 100 ribu pelarian.”

Pihak Muslim Aid UK di Bangladesh mengesahkan bahawa pihaknya sudah menghentikan bantuan ekoran arahan kerajaan Bangladesh tersebut.

Kerajaan Bangladesh mengatakan kira-kira 300 ribu Muslim Rohingya kini hidup di wilayah mereka.

Sebahagian besar daripada mereka dipusatkan di Cox Bazaar selepas melarikan diri daripada pemberontakan yang dilakukan pemerintah Myanmar.

Kira-kira 30 ribu pelarian Rohingya lainnya hidup di dua khemah penempatan yang di sediakan Pertubuhan Bangas-Bangsa Bersatu (PBB).

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook