JAKARTA - 24 pimpinan institusi persijilan halal antarabangsa dari 14 negara yang mengikuti mesyuarat tahunan Dewan Makanan Halal Dunia (WHFC) menyatakan sokongan terhadap keputusan menjadikan Indonesia sebagai pusat halal dunia.
“Kami merasakan Indonesia dapat memainkan peranan penting dalam penyatuan standard dan peraturan-peraturan antara negara-negara pengeksport dan pengimport produk halal di seluruh dunia, dan sebenarnya kami sangat menantikan hal tersebut,” kata ketua Badan Pensijilan Halal dari Eropah Munim Al Chaman di Jakarta.
Sokongan tu dinyatakan tiga wakil pimpinan institusi psijilan halal dari Eropah, Amerika Syarikat dan Australia pada seminar antarabangsa produk halal di Jakarta.
“Negara-negara Eropah menyokong apa yang dilakukan Lembaga Pengkajian Makanan Ubat-ubatan dan Kosmetik Majlis Ulama Indonesia (LPPOM MUI),” kata Munim.
LPPOM MUI menerbitkan buku keperluan pensijilan halal untuk menjadi pegangan dan rujukan antarabangsa serta diterima pakai sebagai standard antarabangsa halal.
“Di Eropah terdapat seramai 60 juta Muslim dan beratus-ratus organisasi Islam yang mempunyai standard halalnya masing-masing, tetapi kami ingin satu lembaga yang profesional dan rasmi seperti MUI untuk menyarankan bahawa sesuatu produk halal dan baik diambil," kata Munim lagi.
Sehubungan itu, Ketua Badan Pensijilan Halal dari Amerika Syarikat, Munir Chaudry, menyokong MUI.
“Dunia antarabangsa mesti mempunyai standard halal universal sehingga terjadi persefahaman mengenai apa yang halal dan tidak, dan kami percaya buku tersebut boleh menjadi acuan,” kata Munir.
Ketua Badan Pensijilan Halal dari Australia-New Zealand juga bersetuju buku syarat Pensijilan Halal menjadi landasan ketetapan halal secara global.
“Kami melihat tindakan MUI sangat positif, kerana seperti yang kita tahu, Australia mengeksport daging ke seluruh dunia terutama Indonesia, dan oleh kerana itu pandangan kami adalah untuk menjamin keselamatan penggunaan halal dunia,” katanya.
