Anda di sini: Antarabangsa > Kuwait > Dr Tariq Suwaidan seru 'jihad elektronik' lawan Israel

Dr Tariq Suwaidan seru 'jihad elektronik' lawan Israel

Share

Dr Tariq SuwaidanKUWAIT CITY - Pendakwah terkenal berbangsa Kuwait, Dr Tariq Suwaidan, menyeru pentingnya mengerahkan segenap kemampuan para hacker dalam melancarkan jihad elektronik menentang Israel.


“Saya memandang penting bagi para hacker untuk menggunakan segenap kesungguhannya dalam projek jihad melawan musuh, Zionis,” ujar Tariq dalam akaun Twitternya.

Hal tersebut dikemukakannya sebagai mengulas pertarungan antara hacker Saudi dengan hacker Israel yang saling menerbitkan beratus-ratus kad kredit.

“Sungguh usaha para hacker dalam perkara tersebut merupakan jihad berkesan dan penting serta besar pahalanya dengan izin Allah.”

Permasalah ini berleluasa kira-kira dua minggu lalu dan menimbulkan kerisauan masyarakat Israel selepas seorang hacker Saudi menerbitkan beribu-ribu kad kredit milik warga Israel yang berjaya dikeluarkan, dan dua hari lalu beliau kembali mengancam akan meneruskan 'serbuannya'.

Pelbagai akhbar harian dan laman Israel melaporkan berhasilnya hacker Saudi menerobos rangkaian laman bursa Israel dan laman syarikat penerbangan Al-Aal milik Israel, selain juga berjaya menembusi tiga laman bank di Israel.

Di samping itu, akhbar-akhbar Israel memberitakan bahawa seorang hacker Saudi berjaya meletakkan mesej di syarikat Al-Aal yang menyatakan bahawa laman web tersebut masih dalam pembaikan.

Seorang aktivis hacker Saudi yang menyokong warga Palestin dan gerakan Hamas menyeru untuk menguatkan barisan dalam 'Perang Elektronik' melawan penjajah Israel.

Sementara itu para hacker Israel juga telah menerbitkan data kad kredit yang berjaya mereka curi dalam minggu ini, begitu juga mereka mengatakan bahawa beberapa laman bursa di Arab Saudi dan Abu Dhabi berjaya mereka tembusi.

Mereka mengancam bahawa apabila para 'perompak Arab' meneruskan perbuatannya terhadap laman-laman Israel, maka team mereka akan bersedia untuk 'operasi kedua' iaitu mengambil alih laman-laman tersebut.

Perang dan ancaman tersebut dijangka akan merubah operasi saling menembusi laman antara Israel dan negara-negara Arab, menjadikannya perang elektronik secara menyeluruh.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook