Sabtu, 25 Oktober 2014

Kemaskini Terakhir11:54:48 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Malaysia > Tiger Woods lancar kempen derma melalui Facebook

Tiger Woods lancar kempen derma melalui Facebook

Share

tiger woodsKUALA LUMPUR- Tiger Woods melancarkan kempen memungut derma melalui Facebook, yang membolehkan peminatnya menaja 10 pelajar untuk melanjutkan pengajian di kolej melalui Earl Woods Scholarship Program.

Diwujudkan pada 2006, program ini meliputi bayaran tuisyen, bantuan kewangan, kaunseling, mentor, latihan khusus dan bengkel untuk pelajar yang diterima mengikutinya.

Kempen pungutan derma itu dibuat melalui laman Facebook Woods [http://www.facebook.com/Tiger] yang menggunakan aplikasi FundRazr.

Peserta dari seluruh dunia boleh menyumbang sekurang-kurangnya US$1 (RM3) kepada program biasiswa itu.

Kenyataan yang dikeluarkan menyebut bahawa Woods akan menambah satu dolar bagi setiap dolar yang dipungut dan semua derma akan disalurkan secara terus kepada pemegang biasiswa Earl Woods.

Kempen selama enam minggu itu, yang bermula hari ini, berakhir pada 14 Mei. Woods akan mengundang pemungut derma paling aktif ke majlis AT&T National di Washington DC pada musim panas ini untuk menyertai kejohanan Pro-Am pada 27 Jun di Congressional Country Club.

(BERNAMA)

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook