Khamis, 23 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Russia > Selatan Rusia dilanda banjir

Selatan Rusia dilanda banjir

Share

banjir krasnodar

KRYMSK - Jumlah kematian akibat banjir kilat yang melanda wilayah Krasnodar di selatan Rusia meningkat kepada 150 orang, kata seorang jurucakap polis semalam.


“Kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar ini yang dihuni oleh 57,000 orang,” ujar jurucakap berkenaan, Ivan Sengerov.

Beliau berkata, sebanyak 139 mayat telah ditemui di bandar berkenaan.

“Setakat ini, hampir 29,000 orang di seluruh kawasan terjejas di selatan Rusia terputus bekalan elektrik dan lebih 5,000 buah rumah ditenggelami banjir.”

Banjir kilat itu turut mendapat perhatian Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kelmarin selepas melawat kawasan banjir di Krasnodar, Putin mengarahkan satu siasatan segera dilakukan bagi memastikan sama ada langkah mencukupi telah diambil untuk menghalang peningkatan jumlah kematian.

“Dana khas akan digunakan untuk membina kediaman baharu untuk mangsa banjir tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ramai mangsa banjir di Krymsk menyuarakan kemarahan terhadap pihak berkuasa kerana tidak menghulurkan bantuan ketika kediaman mereka digenangi air dalam tempoh beberapa jam.

Bencana tersebut yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat, berlaku pada Jumaat lalu.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook