Sabtu, 18 Mei 2013

Kemaskini Terakhir03:09:56 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Thailand > Hentikan keganasan dan konflik

Hentikan keganasan dan konflik

Share

keganasan di myanmar

BANGKOK – Tindakan keganasan terhadap penduduk etnik Rohingya yang tinggal di kawasan Barat Daya Myanmar terus meningkat sejak awal bulan lalu.


“Pertemuan ini bertujuan menyeru Kerajaan Myanmar menghentikan kekerasan dan konflik etnik di Barat Daya Myanmar secepat mungkin,” kata Eksekutif International Concern Group for Rohingyas (ICGR), Muhammad Adli Abdullah dalam pertemuan ICGR selama dua hari di Bangkok, Thailand, sekali gus mengajak dunia antarabangsa mengancam Kerajaan Junta Tentera agar menamatkan konflik etnik di negara itu.

Beliau berkata, pihak antarabangsa perlu segera menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan, air bersih dan keperluan lainnya kepada mangsa-mangsa keganasan di Myanmar.

“Ribuan rakyat sangat memerlukan bantuan kecemasan, di samping penyelesaian politik dan keperluan hak-hak asasi manusia serta pengakuan kependuduknegaraan bagi etnik Rohingya selaras  dengan Deklarasi Umum hak asasi manusia.

Di samping itu, beliau menyeru kepada ahli ASEAN, bersikap pro aktif mencari penyelesaian politik di Myanmar sebagai sebahagian dari kepedulian sebagai masyarakat ASEAN.

“Kekerasan terbaru terhadap Muslim Rohingya di Rakhine, setelah diprovokasi oleh para tentera, telah melibatkan lapan daripada 17 wilayah dan menyaksikan rumah-rumah penduduk dibakar,” katanya.

Beliau berkata, akibat kekerasan itu sumber ekonomi masyarakat di sana terjejas teruk dan menyebabkan banyaknya pelarian di mana-mana.

“Di wilayah Akyab, sekitar 6,000 hingga 8,000 unit rumah dibakar dan 50,000 penduduk kini terpaksa berpindah manakala di wilayah Buthidaund sekitar 8,000 penduduk berpindah. Di Rathi Daung pula, sebanyak 1,200 rumah penduduk etnik Rohingya dibakar dan 15,000 orang dipaksa berpindah,” jelas Adli yang juga pensyarah Fakulti Undang-undang di sebuah universiti di Indonesia itu.

Sementara itu, di Kauk Taw, 200 rumah penduduk Rohingya dibakar dan 2,500 orang berpindah, di Pauk Taw sekitar 600 rumah dibakar dan 6,000 orang berpindah, di Ponaa Shun 800 rumah dibakar dan lebih dari 9,000 orang berpindah, manakala di wilayah Ram Bree dilaporkan sekitar 100 rumah dibakar dan 1,500 orang berpindah.

“Masjid sebagai tempat ibadah umat Islam turut dibakar dalam konflik agama yang kian berkecamuk di negeri itu.”

Selain Adli yang mewakili aktivis hak asasi manusia dari Indonesia, pertemuan yang berlangsung pada 26 dan 27 Jun 2012 itu juga dihadiri Staffan Bodemar (aktivis hak asasi manusia Sweden), Emranul Chowdhury (Bangladesh), Dr Asghar Ali Engineer (India), Dr Yunus Yasin (Malaysia), Nihmath Musthafa (Bangladesh), Walied Hatamleh (Jordan) dan Dr Abdus Sabur (Thailand).

“Justeru, kami selaku komuniti penggerak hak asasi manusia dunia menyeru Kerajaan Myanmar bertindak segera menghentikan keganasan itu,” tegasnya.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Dato’ Nazirah Hussein yang turut hadir dalam pertemuan itu menyampaikan rasa keprihatinan mendalam atas berlarutnya konflik etnik di Myanmar.

“Saya menyeru kerajaan negara-negara ASEAN berbuat sesuatu untuk membantu isu di Myanmar ini,” katanya.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook