LONDON - Sebuah Lembaga Kajian di England menerbitkan penemuannya iaitu bertambahnya jumlah orang Inggeris yang memeluk Islam di negara tersebut.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa lebih daripada separuh yang menganut Islam itu (atau lebih tepat kembali kepada Islam) adalah wanita.
Kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Swansea ini melaporkan, orang yang kembali kepada Islam di England pada tahun 2001 berjumlah 6,000 orang, namun pada tahun 2010 meningkat menjadi 10,000 orang yang mana 62 peratus daripada mereka adalah perempuan.
Pada tahun lalu saja, menurut laporan berkenaan, jumlah orang yang kembali kepada Islam mencapai 5,200 orang padahal Islamofobia banyak dihembuskan di tengah-tengah masyarakat. Di samping itu, retorik politik dan media massa juga cenderung memusuhi Islam.
Laporan tersebut juga mengetengahkan bahawa jumlah umat Islam di England saat ini mencapai lebih daripada 2 juta orang, dengan sebahagian besar daripada mereka menetap di London.
