Jumaat, 19 Disember 2014

Kemaskini Terakhir11:36:52 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Palestine > A2G2 berjaya masuki Gaza, serah sumbangan

A2G2 berjaya masuki Gaza, serah sumbangan

Share

GAZA – 10 peserta misi Aqsa2Gaza2 yang bertolak dari Malaysia pagi Sabtu lepas berjaya memasuki Gaza setelah mengharungi sedikit rintangan, termasuk terlibat dalam satu kemalangan kecil.

a2g2

Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Aqsa Syarif dengan EMAAR (NGO di Selatan Gaza) untuk projek mikrokredit, Qardhul-Hassan.

Selain itu, di sepanjang lima jam perjalanan dari Kaherah ke Rafah, rombongan ini terpaksa melalui enam sekatan jalan raya, dengan kereta kebal pihak keselamatan Mesir berdekatan pos kawalan menjadi pemandangan biasa.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan dan pengawal keselamatan yang dilantik khas untuk mengawal perjalanan misi A2G2 dari Kaherah menjadikan perjalanan lancar tanpa pemeriksaan yang ketat. Mereka akhirnya memasuki Rafah pada hari Ahad, tepat jam 12.05 pagi waktu tempatan.

Setelah melalui pemeriksaan imigresen dan kastam Mesir, mereka melalui pula pemeriksaan di pintu masuk Gaza.

a2g2

Markaz Amal. NGO wanita ditubuhkan bersama Mercy untuk membatu kebajikan keluarga miskin

Menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Palestin merupakan pengalaman tidak ternilai kepada ahli-ahli konvoi dari Malaysia tersebut. Penantian bertahun-tahun akhirnya menjadi kenyataan. Kegembiraan dan rasa syukur memadam segala keletihan yang dirasai.

Kedatangan mereka disambut oleh Dr Anwar Mosa dan Jawatankuasa Emaar Association yang beribu pejabat di Kota Khanyounis.

Dari sempadan Rafah, mereka dibawa dengan kenderaan ke Khanyounis lalu ditempatkan di sebuah hotel yang sederhana di tengah-tengah perumahan kem pelarian yang padat. Itulah satu-satunya hotel di Khanyounis. Namun para peserta tetap bersyukur kerana dapat juga berehat dan membersihkan badan selepas mengharungi perjalanan yang panjang.

Pada hari pertama di Gaza, sukarelawan misi A2G2 telah dapat menyerahkan sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti. Buat permulaan, penyerahan banyak tertumpu di Selatan Gaza. Yang berikut adalah beberapa gambar yang sempat dikirimkan oleh sukarelawan Aqsa Syarif di sana.

a2g2

a2g2

Penyerahan di BASMA, pusat rehab kanak-kanak yang mempunyai masalah pendegaran. Sebahagian mereka merupakan anak-anak yatim piatu. Di Nasaem Amal, Persatuan Kebajikan Wanita Rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif menaja 10 orang anak yatim.

(Gambar-gambar dari blog Aqsa2Gaza2)

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook