Rabu, 3 September 2014

Kemaskini Terakhir09:11:50 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Palestine > Israel setuju pulang 100 jenazah Palestin

Israel setuju pulang 100 jenazah Palestin

Share

JERUSALEM - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bersetuju untuk memulangkan 100 jenazah warga Palestin yang dikebumikan di Israel dan keputusan itu disambut cukup baik oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.


“Kami berharap, langkah ini akan menjadi pembaharuan terhadap proses damai Israel dan Palestin,” ujar salah seorang pegawai Israel, seperti dilaporkan Xinhua.

Pejabat Negeri Yahudi itu juga melaporkan, keputusan pemulangan jenazah itu merupakan sikap Netanyahu yang menyambut berlakunya dialog antara dua pihak yang masih berseteru itu.

Perunding Israel, Isaac Molho sampai di Kota Ramallah pada Sabtu minggu lalu dan bertemu Abbas. Molho kemudiannya menyampaikan surat yang dikirimkan Netanyahu kepada Abbas yang isinya tentang dialog Israel-Palestin.

“Palestin sudah dimaklumkan akan pemulangan jenazah ini dan mereka menyambut dengan baik tetapi setakat ini, belum ada keputusan untuk membebaskan para tahanan politik Palestin,” tambahnya.

Israel dikatakan telah bersetuju untuk memulangkan jenazah para pejuang Palestin pada Julai 2011, namun keputusan itu tertunda kerana adanya perubahan sikap daripada Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook