Khamis, 23 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:29:59 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Palestine > Netanyahu punca Mavi Marmara diserang

Netanyahu punca Mavi Marmara diserang

Share

netanyahuJERUSALEM - Insiden tembakan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara dianggap sebagai kesalahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikutan kegagalan beliau memberi perhatian serius kepada masalah ini sebagaimana yang dinyatakan oleh lembaga pengawas pemerintahan Israel.


“Sebagai ketua kerajaan, Netanyahu dianggap mengabaikan peringatan tentang protes ini,” kata laporan itu.

Peringatan daripada pemerintah tertinggi tentera Israel ini kemudiannya jelas terbukti yang mana insiden pada 2010 itu telah menyebabkan sembilan aktivis terbunuh akibat peluru tentera.

“Netanyahu tidak mengadakan mesyuarat kerajaan untuk mengelakkan masalah ini.”

Tetapi laporan itu tidak merosakkan imej Netanyahu di dalam negeri. Beliau telah pun menyatakan akan bersedia untuk menjalankan polisi alternatif apabila terpilih dan hal ini boleh dilakukan Israel untuk memutuskan serangan terhadap Iran.

“Beberapa bulan terakhir ini, sebilangan pesara pegawai tinggi menilai serangan terhadap Iran tidak diperlukan dan terlalu berbahaya. Mereka mengecam Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak yang mengabaikan peringatan tentangan aksi keganasan yang mungkin terjadi pada masa akan datang,” jelas laporan itu lagi.

Laporan mengenai tragedi kapal Flotila Mavi Marmara turut menjelaskan bahawa Netanyahu hanya percaya pada perbincangan yang tidak disertai bukti kuat dengan Ehud Barak. Netanyahu bagaimanapun membantah semua tuduhan daripada laporan tersebut.

“Setiap keputusan yang saya buat dapat dilihat ketika ini di Israel, yang mana rakyat menikmati keamanan yang mungkin sukar dirasakan dalam masa beberapa tahun sebelumnya,” ujar Netanyahu, sebagaimana dilaporkan The Washington Post.

Pasukan komando Israel membunuh sembilan aktivis pro-Palestin dalam pertempuran di atas Mavi Marmara, iaitu satu daripada enam kapal Flotila yang berusaha menerobos sekatan laut Israel terhadap Gaza.

Israel mempertahankan bahawa sekatan itu perlu untuk mencegah penghantaran senjata kepada Hamas. Operasi ketenteraan Israel itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

Insiden tersebut telah menjejaskan hubungan Israel dengan Turki kerana sembilan yang terkorban itu adalah warga Turki.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook