Ahad, 26 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Antarabangsa > Palestine > Kemenangan Ikhwan baik untuk Palestin

Kemenangan Ikhwan baik untuk Palestin

Share

MursiGAZA – Gerakan Islam berpengaruh, Hamas menyuarakan keyakinan dengan kemenangan yang diraih Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya Presiden Mesir 2012.


“Kami (Hamas) merayakan kemenangan ini dan kemenangan Mohammed Mursi akan membawa kebaikan di Palestin,” ujar wakil Hamas, Sami Abu Zohri.

Beliau yang juga jurucakap Hamas berkata, keputusan pilihan raya Presiden di Negara Piramid itu akan diumumkan pada Khamis ini (esok).

“Ia akan menjadi hari kemenangan bagi warga Mesir, para syuhada serta pihak yang terlibat dalam revolusi Mesir 2011.”

Hamas yang merupakan sebahagian daripada Ikhwanul Muslimin itu pun yakin kemenangan Mursi akan membawa kebaikan terhadap gerakan Palestin, terutama dalam isu Jerusalem.

“Kami warga Palestin mengikuti perkembangan politik di Mesir dan menaruh harapan yang besar bagi pemimpin, revolusi, tentera dan warga Mesir untuk memperhebat tentangan demi Palestin,” demikian ujar Perdana Menteri Hamas Dr Ismail Haniyeh, sebagaimana dilaporkan  Al Arabiya.

Menurut stesen televisyen Al Arabiya lagi, Mursi mendapat 13.2 juta rakyat, sedangkan Ahmed Shafiq hanya mendapat 12.3 undi.

“Kami berharap Mesir akan stabil dan aman. Kami masih menunggu keputusan rasmi daripada pengiraan undi pilihan raya Presiden Mesir,” katanya.

Para penyokong Hamas yang menyambut berita kemenangan Ikhwanul Muslimin mengatakan, pada esok hari, Mursilah yang akan membebaskan Gaza.

Namun, sejumlah ahli politik Palestin di wilayah Tebing Barat dikhabarkan lebih menyukai figur mantan Perdana Menteri Mesir Ahmed Shafiq yang menjadi lawan Mursi.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook