
KABUL – Kejadian dua gempa bumi yang masing-masing berkekuatan 5.4 dan 5.7 pada skala Richter dilaporkan menggoncang kawasan pengunungan di utara Afghanistan mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan 80 orang mangsa tertimbus dalam runtuhan bangunan.
“Terdapat 22 rumah yang terkubur akibat gempa, dua wanita yang tertimbus berjaya diselamatkan manakal sekitar 20 orang lain yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital,” ujar Gabenor Wilayah Baghlan Abdul Majis seperti dilaporkan Reuters.
Abdul Majis berkata, saat ini pihaknya mengalami kesukaran melakukan pemindahan kerana kekurangan alat bantu.
“Kami sukar mengangkat mangsa-mangsa lain kerana saat ini hanya ada satu jengkaut yang digunakan dalam proses pemindahan ini.”
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diberitakan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan.
Selama ini wilayah Afghanistan utara memang dikenal pasti sering mengalami gempa bumi.
Pada tahun 2002, kejadian gempa yang menggegar kawasan ini menyebabkan 2000 orang terbunuh.



