Khamis, 23 Oktober 2014

Kemaskini Terakhir11:54:48 PM EST

Anda di sini: Berita Zon > Tengah > Sinar Kasih Ramadan: RM500,000 buat 1,000 penerima

Sinar Kasih Ramadan: RM500,000 buat 1,000 penerima

Share

Sinar Kasih Ramadan

SHAH ALAM - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Kumpulan Media Karangkraf dan Kongres Indian Muslim Malaysia mengambil inisiatif mengadakan Program Sinar Kasih Ramadan setiap tahun menjelang tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak.

“Ini merupakan tahun ke-5 penganjuran program seperti ini. Pada kali ini YBK menyasarkan sejumah 1,000 penerima dengan jangkaan sumbangan bernilai RM500,000,” ujar Pengerusi YBK, Dato' Haji Zainal Abidin Sakom yang seterusnya menyempurnakan pelancaran program tersebut.

Majis Pelancaran Sinar Kasih Ramadan 1433H/2012 (SKR 2012) kali ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Media Karangkraf.

“Setakat ini sejumlah RM56,200 sumbangan diterima oleh YBK daripada para penderma bagi membiayai 120 buah keluarga,” jelasnya.

Antara tetamu yang turut hadir ialah YB Senator Dato' Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia dan Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Sinar Kasih 2012 dan Kaedah Sumbangan SKR 2012, sila layari http://www.ybk.org.my/program/sinar-kasih-ramadhan-skr.html atau hubungi 03-7875 0036 / 03-78750382.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook