Ahad, 19 Mei 2013

Kemaskini Terakhir03:09:56 PM EST

Anda di sini: Berita Zon > Tengah > Rafizi ditahan

Rafizi ditahan

Share

SHAH ALAM - Pihak polis pagi ini menahan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PR), Mohd Rafizi Ramli, berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).


rafizi“Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi. Lebih kurang 10 orang pegawai datang, lima daripadanya dari Bank Negara,” jelasnya.

Rafizi berkata, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA).

“Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawa ke mahkmah,” ujarnya.

Beliau kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat tersebut dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam pada itu, turut ditahan pagi tadi  dan hadir di mahkamah ialah seorang lagi individu, Johari Mohamad yang didakwa bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan kepada Rafizi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir, sementara N Surendran bertindak sebagai peguam yang mewakili Rafizi pagi ini.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook