Sabtu, 23 Ogos 2014

Kemaskini Terakhir12:25:17 AM EST

Anda di sini: Laman Utama

'Kambing' didakwa merompak

Share.

NIGERIA, 13 Disember - Seekor kambing 'mistik' telah ditangkap di Negeria kerana disangka merupakan jelmaan daripada seorang penjahat yang ditangkap kerana berusaha melakukan rompakan.

Petugas yang sedang meronda menangkap kambing tersebut dan membawanya ke pejabat polis, mengatakan bahawa binatang tersebut adalah jelmaan daripada seorang perompak bersenjata. Perompak tersebut kononnya menggunakan sihir untuk mengubah dirinya menjadi seekor kambing ketika hampir ditangkap kerana mencuba mencuri sebuah kenderaan Mazda 323.

“Sekelompok petugas peronda jalanan melaporkan bahawa ketika bertugas mereka melihat dua orang sedang berusaha mencuri sebuah kenderaan. Mereka mengejar kedua-dua suspek tersebut tetapi salah seorang daripada mereka berjaya melarikan diri manakala seorang lagi berubah menjadi kambing,” kata Tunde Mohammed seorang petugas polis Wilayah Kwara.

“Kami tidak dapat membuktikan kebenaran cerita itu, tetapi kambing tersebut sekarang sedang ditahan. Masalah mengenai manusia yang boleh berubah menjadi kambing ini harus dibuktikan terlebih dahulu secara ilmiah dan realiti,” tambahnya.

Kepercayaan terhadap hal-hal mistik memang tersebar luas di Nigeria yang merupakan negara yang paling banyak penduduknya di Afrika.

Ramai yang bertandang ke pejabat polis itu hanya untuk melihat kambing tersebut.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook