Rabu, 23 Julai 2014

Kemaskini Terakhir03:43:29 PM EST

Anda di sini: Laman Utama

Taufik Presiden Pertama IKRAM Siswa

Share

Pelancaran IKRAM Siswa

SHAH ALAM - Pelajar peringkat sarjana dalam program Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa, Tuan Muhd Taufik Tuan Hussin dilantik sebagai Presiden IKRAM Siswa yang pertama bersempena majlis pelancaran IKRAM Siswa Sabtu lalu. IKRAM Siswa adalah badan rasmi mahasiswa yang baru di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pelancaran IKRAM SiswaSebelum meneruskan pengajian di UIAM, Tuan Muhd Taufik adalah pelajar cemerlang peringkat Sarjana Muda bidang Kejuruteraan Kewangan di Universiti Multimedia. Beliau amat aktif dalam kepimpinan pelajar, dakwah dan tarbiah Islamiah di kampus dan dilantik ke jawatan Presiden setelah menang tanpa bertanding.

Menurut Pengarah Majlis Pelancaran IKRAM Siswa, Mohamad Raswan Othman Mydin, “IKRAM Siswa akan menjadi tanzim atau organisasi bagi semua mahasiswa yang dikendalikan oleh aktivis IKRAM di seluruh negara. Majlis Pelancaran ini dihadiri oleh hampir 1200 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia mewakili 23 buah IKRAM Siswa yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan IKRAM Negeri dan Daerah bagi  IPT-IPT di tempat masing-masing.”

Majlis berlangsung di Dewan Pro-Canselor, Universiti Industri Selangor, Shah Alam.

Pada sesi sebelah pagi dalam majlis ini telah diadakan pengundian untuk barisan AJK IKRAM Siswa Nasional yang pertama oleh perwakilan-perwakilan IKRAM Siswa daripada 23 IPT yang telah ditubuhkan di seluruh Malaysia. Profesor Dr Hj Arshad bin Hj Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa, Pertubuhan IKRAM Malaysia telah memberikan ucapan yang bersemangat yang membangkitkan kegemilangan generasi muda sepanjang sejarah.

Manakala pada sebelah petang pula, majlis pelancaran dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang di mana Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menyampaikan amanatnya dan merasmikan Pelancaran IKRAM Siswa Nasional dengan disambut dengan gema nasyid, ucapan tahniah dan keazaman yang menjulang bagi anak-anak muda pendukung IKRAM Siswa yang hadir.

Sebelum acara perasmian, perwakilan dan pemerhati telah dihidangkan dengan ceramah perdana oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Selangor, Profesor Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

IKRAM Siswa telah mengehadkan umur ahli IKRAM Siswa antara 18 hingga 27 tahun sahaja namun tidak mensyaratkan ahli mesti sedang belajar tetapi memberi kelonggaran kepada graduan IPT untuk menjadi ahli selagi tidak melebihi 27 tahun.

Mengenai pertandingan barisan AJK IKRAM Siswa Nasional, Raswan menjelaskan, “Semua jawatan utama selain Presiden, termasuk lima AJK, telah dipertandingkan dengan mendapat saingan yang sengit. Calon-calon adalah para pemimpin atau bekas pemimpin pelajar dari pelbagai IPT dari seluruh Malaysia. Masing-masing memiliki ketokohan dan pengalaman memimpin di kampus masing-masing.”

Khairul Fadhli bin Ismail telah terpilih sebagai Timbalan Presiden.  Khairul Fadhli adalah graduan Universiti Teknologi MARA dan merupakan bekas Presiden Kelab Rakan Siswa Islah (KARISMA) 2011 dan Setiausaha Agung KARISMA 2009.

Pelancaran IKRAM Siswa

Berikut adalah senarai penuh calon yang menang, jawatan yang disandang, bidang pengajian dan IPT tempat calon pernah atau sedang belajar dan membina kepimpinan dakwah dan tarbiah:

Naib Presiden 1: Abdullah Omar Muhamad Fuad (graduan sarjanamuda kejuruteraan elektrik dan elektronik, Universiti Teknologi Petronas). Naib Presiden 2: Sumayyah Abdul Aziz (graduan perniagaan, University of Auckland; dan graduan Sarjana Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Setiausaha Agung: Marwan Abdullah (pelajar undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Bendahari: Muhammad Harith Amaran (graduan kejuruteraan elektronik, Universiti Nottingham);

Bagi lima jawatan AJK, calon yang menang ialah Ammar Sahrim (pelajar perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia), Muhammad Mus’ab Muzahar (pelajar Universiti Malaysia Sarawak), Suriana Arifin (graduan kejururawatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia),  Syaimaa’ Adibah Hassan (pelajar psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Muhammad Najmi Mohd Sahimi (pelajar sarjana senibina, Universiti Teknologi MARA).

Dalam majlis pelancaran ini, IKRAM Siswa telah mengumumkan enam objektif yang disasarkannnya iaitu untuk menggerakkan dakwah dan tarbiah (Islamiah) di kampus; mengarusperdanakan fikrah Islam di kampus; memimpin aktivisme mahasiswa di kampus; mewujudkan ruang pemuafakatan dan kerjasama dengan semua pihak; menyuarakan pandangan mahasiswa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan menerajui penglibatan mahasiswa dalam masyarakat.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden IKRAM Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom serta dua Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan Nahar Md Nor. Antara wakil gerakan pelajar dalam negara yang hadir adalah Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia, manakala wakil pelajar Malaysia dari luar negara terdiri daripada ALIF (Republik Czech), ARIF (Perancis), AZAM (Rusia), AMIR (China), AMIR (Korea) dan tidak ketinggalan wakil dari Australia.

Comments  

 
0 #5 Hafidz 2013-11-01 18:12
Sambungan comment #3 dan #4

Tetapi jangan lah risau.. Allah tahu apa yg Dia aturkan..

Bersyukurlah sbb adik saudara still dalam DnT walaupun bukan dalam pihak Ikram..

A'la kulli hal..

Ana mohon ribuan maaf atas kekurangan pihak kami.. InsyaAllah kami akan terus berusaha utk tingkatkan mutu DF kami pada masa mendatang..

InsyaAllah doakan kami!!
Quote
 
 
0 #4 Hafidz 2013-11-01 18:11
Utk pengetahuan saudara, penggerak di kmb belum ramai.. Around 30 org(lelaki).. Dan student ada dalam 400-500(lelaki).. So utk DF every single student amat lah sukar tetapi tidak mustahil.. Akan ada yg terlepas dan ada juga yg xberminat langsung..

Utk perhatian saudara dlm kes adik akhi tu.. Kami meminta maaf jika salah itu dtg dari pihak kami.. Tetapi sekiranya saudara dapat explain pada adik saudara sebelum dia masuk KMB kemungkinan benda ini dapat dielakkan.. Tambahan adik akhi berminat utk join usrah.. so maybe xjadi masalah utk cerita dgn dia.. Memudahkan dua2 pihak..selain itu, saudara juga sepatutnya inform kepada pihak yg menjaga hal ehwal kmb, so that kami boleh target awal2 utk DF..kami mmg belum cukup tangan utk cater semua.. Even ada abg2 luar yg datang bantu kami...
Quote
 
 
0 #3 Hafidz 2013-11-01 18:10
Salam..

Jawapan bagi saudara Syed..

Akhi..

Ana merupakan bekas graduan Kolej Mara Banting..
Alhamdulillah thumma alhamdulillah ana sngt bersyukur kerana mendapat halawatul tarbiyyah di sana.. Satu pengalaman yg tidak mungkin ana dapat lupakan..

Utk makluman saudara.. Kami tidak ada pertubuhan ikram siswa di KMB.. Tetapi usrah ikram still berjalan seperti biasa dan segala activity tarbiyyah mengikut guideline yg ditetapkan..

Utk kemasukkan pelajar baru.. Kami akan buat program tajmi' yang mana kami akan cuba membuahkan hubungan hati antara seniors dan juniors.. Tetapi mungkin baik atau x baik.. Kami serahkan pada Allah.. Kami tidak meng expose kan nama ikram.. Kami hanya kenalkan as program senior dan junior utk mendapat kehadiran yg baik.. Anda pun faham kan..

Ala kulli hal..

-Ada word limit.. Sambung bawah-
Quote
 
 
-1 #2 Syed 2013-07-17 07:23
Bismillah,

Saya ingin mengetahui berapa aktif ikram siswa ini sebenarnya.
Saya telah mendaftarjkan adik saya yang baru memasuki KOlej Mara Banting, dah hampir 3 minggu, tetai tiada sebarang follow up dari pihak berkaitan. Dia bersemangat nak join usrah dan memberi sumbangan pada Islam. Sekarang dia telah pun sertai jemaah dan usrah lain. Saya amat kesal dengan tindakan lambat pihak pengurusan. Harap lebih aktif dan bertindak pantas di masa depan.
Quote
 
 
+4 #1 muhammad haniff bin 2013-01-26 11:34
wish to followup any ikram siswa program..now in puncak alam final semester,pysio
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook