Anda di sini: Kolumnis > Ustzh Maznah Daud > Beberapa kekeliruan tentang akikah

Beberapa kekeliruan tentang akikah

Share

akikah“Ustazah, emak dan ayah saya tak pernah buat akikah untuk saya. Bolehkah saya buat akikah untuk diri saya?”

“Ustazah, boleh saya buat akikah untuk ibu saya yang dah meninggal?”

“Ustazah, bolehkah saya akikahkan isteri saya?”

“Ustazah, anak saya sekarang berusia 25 tahun. Masa dia kecil dulu saya tak mampu nak buat akikah untuknya. Bolehkah saya buat sekarang?”

Itulah antara contoh-contoh soalan yang sering dikemukakan kepada saya, yang menggambarkan ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak begitu memahami dengan jelas hukum-hakam berkaitan dengan akikah.

Menurut ash-Sharbini, akikah dari segi bahasa berasal dari kata kerja ( عق يعق) yang bermaksud rambut yang terdapat di kelapa bayi ketika ia lahir. Dari segi syarak pula akikah ialah binatang yang disembelih ketika mencukur rambutnya. Ada yang berpendapat akikah berasal dari perkataan ( العق ) yang bermaksud potong dan kerat atau belah. Dinamakan binatang yang disembelih itu akikah kerana ia dipotong halkumnya.

Menurut al-Mawardi, akikah ialah kambing yang disembelih pada saat kelahiran anak. Ia telah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ia sejajar dengan apa diriwayatkan daripada Buraidah radiallahuanhu, katanya: “Adalah kami pada masa jahiliah, apabila salah seorang daripada kami mendapat anak, disembelih seekor kambing, lalu darahnya dilumurkan di kepala bayi itu. Setelah Allah menurunkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut bayi dan melumurkan kepalanya dengan za’faran.”

(Riwayat Abu Daud, ditashihkan oleh al-Albani)

Dalam satu riwayat, Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak suka sembelihan ini dinamakan akikah. Sebaliknya baginda lebih suka menyebutnya nasikah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya mengenai akikah, lalu baginda menjawab, “aku tidak suka al-‘uquq.” Kemudian baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang suka hendak melakukan nusuk kerana kelahiran anaknya, maka lakukanlah!”

Hukum akikah

Majoriti fuqaha berpendapat akikah adalah sunat dan digalakkan. Mereka terdiri daripada Imam Malik dan ahli Madinah, Imam asy-Syafii dan ashabnya (pengikutnya), Imam Ahmad dan lain-lain.

Fuqaha Mazhab Hanafi tidak melihat akikah sebagai suatu sunah yang dituntut dalam Islam. Sebaliknya mereka berkata akikah adalah sebahagian daripada perkara jahiliah berdasarkan hadis yang menyebut bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak suka al-‘uquq.

Walau bagaimanapun, hujah golongan ini tertolak kerana terdapat banyak hadis sahih yang membawa maksud akikah adalah dituntut.

Waktu melakukan akikah

Waktu yang paling afdal melakukan akikah ialah pada hari yang tujuh kelahiran bayi berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

“Setiap anak tertahan dengan akikahnya. Disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh ia lahir, dicukur rambutnya dan diberi namanya.”

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Selain daripada hari yang ketujuh, para ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Malik, menurut satu riwayat berkata, sekiranya terlepas hari ketujuh, terlepaslah tuntutannya. Dan sekiranya bayi itu meninggal dunia sebelum hari ketujuh, gugurlah akikah untuknya.

Ulamak Mazhab Hanbali berkata, menurut sunah akikah dilakukan pada hari ketujuh. Jika terlepas hari ketujuh, ia boleh dilakukan pada tujuh hari berikutnya, iaitu 14, 21 dan seterusnya. Dan harus dilakukan pada bila-bila masa tanpa had masa yang tertentu.

Menurut fuqaha mazhab asy-Syafii, sekiranya ayah atau wali tidak mampu melakukan akikah pada hari ketujuh, dia boleh melakukannya pada bila-bila masa yang dia mampu sehingga anaknya baligh. Jika anaknya sudah baligh, tidak dituntut lagi ke atasnya.

Maskud tertahan

Apakah yang dimaksudkan “setiap anak tertahan dengan akikahnya” dalam hadis di atas?

Kata Imam Ahmad bin Hanbal, tertahan daripada syafaat. Ertinya jika seseorang kanak-kanak yang tidak diakikahkan meninggal dunia, dia ditahan daripada memberi syafaat kepada ibu bapanya.

Ada juga yang berpendapat maksud “tertahan” adalah anak itu tertahan daripada kebaikan yang sepatutnya diperoleh sekiranya ibu bapanya melakukan akikah untuknya.

Siapakah yang dituntut melakukan akikah?

Akikah dituntut (disunatkan) ke atas orang yang wajib memberi nafkah kepada anak itu dengan hartanya. Maka tidak harus ayah atau walinya membuat akikah dengan menggunakan harta milik anak kerana akikah merupakan sumbangan sukarela. Justeru, harta anak tidak harus digunakan untuknya. Untuk anak zina, akikah dilakukan oleh ibunya.

Akikah diri sendiri

Sekiranya ayah atau wali tidak melakukan akikah untuk anak kerana miskin atau sebab-sebab lain sehingga baligh, sebahagian fuqaha asy-Syafiiyah berkata sunat bagi anak itu melakukan akikah untuk dirinya sendiri bagi menampung apa yang telah luput daripada kelebihan akikah.

Terdapat hadis yang dikeluarkan oleh al-Baihaqiy daripada Anas radiallahuanhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam melakukan akikah untuk diri baginda selepas dibangkitkan menjadi Rasul. Namun menurut ahli hadis, hadis ini tidak sahih, mungkar dan batil.

Imam Ahmad ditanya mengenai masalah anak yang sudah baligh dan tidak diakikahkan, beliau berkata tidak perlu melakukan akikah untuk dirinya kerana sunah itu pada hakikatnya dituntut ke atas orang lain. Ibn Qudamah mentarjihkan pendapat ini dengan katanya: “Pada pendapat kami, akikah dituntut ke atas bapa, maka tidak ditaklifkan orang lain melakukannya seperti zakat fitrah.”

Cara sembelihan dan pembahagian daging akikah insya-Allah akan disambung pada siri seterusnya.

(Bersambung)

Comments  

 
0 #8 Manhakim 2014-08-27 17:42
Salam Soalan… sy ingin membuat aqeqah korban dgn seekor kambing untuk fakir miskin… Adakah sy boleh ambil daging itu sedikit untok sy makan…? Syukran
Quote
 
 
+1 #7 fazramah binti gulam 2014-08-16 06:42
[censored]alamu alaikum wbt...
ustaz...sya ingin bertanya ble ka sya buat aqiqah seekor kambing utk anak lelaki sya sebab tidak mampu utk memberi 2 ekor kambing.
Quote
 
 
-1 #6 Michealkr 2014-05-15 13:09
ohio state internal medicine buy misoprostol cheap do doctors have time for family
Quote
 
 
0 #5 Michealkr 2014-05-11 00:09
health insurance small business owner generic cialis uk sales love and other drugs sex scene
Quote
 
 
0 #4 ija 2013-10-18 11:05
Akm ustazah....sy nk tanya...jika kita dh niat nk buat akikah...tp xjd buat sbb duit nk buat akikah pakai utk duit perubatan anak...sbb anak sakit terpaksa ulangalik g hospital pakar...adakah berdosa sbb sy niat nk akikah tp xbuat...sy rungsing sbb owg tua2 kata berdosa...ustazah tolong sy..sy dlm delima...
Quote
 
 
+2 #3 cikgu ina 2013-06-06 21:37
saya ada menjual kambing boer dan biri biri barbados 0136196778
Quote
 
 
+10 #2 Nisa 2012-02-15 21:02
[censored]alamu alaikum wbt..
Soalan saya, jika saya ingin melakukan akikah untuk anak saya sedangkan diri saya belum diakikahkan oleh kedua orang tua saya, maka bolehkah saya melakukan akikah untuk anak saya, dan jika tidak boleh, adakah boleh saya bersama2 anak saya mengambil bahagian dalam seekor lembu yang dibahagikan 7 itu..atau saya mesti melakukan akikah terlebih dahulu, kemudian dalam masa yang lain akikah kan anak saya..
Quote
 
 
+4 #1 rahmat 2011-11-05 17:53
ustazah..bolehkah 1/3 daging haiwan akikah tersebut diagihkan kepada kaum kerabat dan sahabat termasuk yang bukan islam?kerana di negeri sarawak ada keluarga yg lain agama.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook