Jumaat, 25 Julai 2014

Kemaskini Terakhir10:29:12 PM EST

Anda di sini: Nasional > Penerbangan pertama jemaah haji 29 September

Penerbangan pertama jemaah haji 29 September

Share

penerbangan haji

PUTRAJAYA – Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah rukun Islam kelima bagi tahun 2011 dijadualkan pada 29 September ini.

“Seramai 450 jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari,” kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Mereka yang akan berlepas adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.

“Persiapan sudah lengkap, cuma tunggu nak berangkat. Surat untuk memaklumkan jadual penerbangan pun telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September,” ujar beliau selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan.

Seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu depan.

Penerbangan balik jemaah haji ke Malaysia dijadualkan bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember, kata Syed Saleh.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook