Anda di sini: Nasional > Hari pertama di Sekolah Sri Al-Amin Bangi

Hari pertama di Sekolah Sri Al-Amin Bangi

Share

al-amin bangi

KAJANG – Musim sekolah kembali lagi! Selain fenomena biasa kesesakan lalu lintas yang berlaku, suasana persekolahan di kebanyakan negeri di Malaysia menyaksikan senario tahunan yang menarik.

Murid-murid Tahun Satu terpinga-pinga, sebahagiannya gembira berjumpa bekas rakan setadika, ibu bapa memujuk anak-anak yang menangis, ibu bapa galak dan tergelak bercerita tentang karenah anak-anak mereka, guru-guru sibuk menyusun dan menenteramkan anak-anak murid, demikian antara suasananya, tanpa banyak perbezaan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah swasta.

al-amin bangi

al-amin bangi

al-amin bangi

al-amin bangi

al-amin bangiDi Sekolah Sri Al-Amin Bangi (SSAAB), Sungai Tangkas dekat sini pagi tadi, keadaan serupa turut dirakamkan. Malaysia Harmoni yang membuat tinjauan ke sekolah swasta tersebut mendapati hari pertama persekolahan bagi kira-kira 160 murid Tahun Satu menjanjikan lembaran pengalaman yang unik. Walaupun tampak bungkam dengan dunia baru, guru-guru dan kawan-kawan baru, mereka sebenarnya teruja dapat bergaya dengan pakaian sekolah baru yang serba biru, berbeza dengan uniform sekolah kebangsaan biasa yang biru-putih.

Selain perbezaan dari segi pakaian, sesi sekolah rendahnya juga berbeza dengan sekolah kebangsaan. Di sini, kelas bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 3.30 petang. Pembelajarannya pula disepadukan antara subjek-subjek akademik dan syariah.

al-amin bangiSeorang bapa, Ahmad Murad (kiri), 48, berkata beliau sejak dahulu memang menaruh keyakinan terhadap sistem SSAAB dan sekolah-sekolah di bawah rangkaian yang sama (MUSLEH) kerana aspek pentarbiahan asas-asas agama termasuk qiamullail dan kegiatan kokurikulum sentiasa dititikberatkan.

“Ketika menetap di Shah Alam dulu, anak-anak saya bersekolah di Sekolah Islam Hira’ (rangkaian sekolah MUSLEH). Apabila isteri saya, seorang pensyarah, berpindah ke Pusat Asasi UIAM Nilai, kami mengambil keputusan membeli rumah di Taman Vista Emas tidak jauh dari Sekolah Al-Amin Bangi ini,” katanya.

Kini, Pengurus Teknologi Maklumat CELCOM itu mempunyai tiga orang anak di SSAAB, dan seorang daripadanya, Abdullah Mus’ab memulakan Tahun Satu hari ini. Dua orang anak beliau yang lain adalah Abdullah Luqman (Tahun Enam) dan Nurul Hanis (Tingkatan Tiga). Beliau bersetuju dengan pandangan kebanyakan ibu bapa bahawa secara umumnya, terdapat perbezaan yang agak ketara antara pelajar-pelajar MUSLEH dengan pelajar-pelajar sekolah lain.

al-amin bangiDalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah, Muhamad Ridzuan Jaafar (kiri) berkata, jumlah kemasukan murid Tahun Satu pada tahun ini meningkat sehingga pihak sekolah terpaksa menyediakan satu kelas tambahan, menjadikan kesemuanya lima kelas.

al-amin bangi

“Sekarang kita mempunyai kira-kira 820 pelajar sekolah rendah dan 270 pelajar sekolah menengah. Selain itu, Maahad Tahfiz kita yang sudah pun beroperasi di bangunan baru mempunyai 21 pelajar dan akan ditambah dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Bangunan tiga tingkat berharga RM750,000 yang hampir siap sepenuhnya itu turut menyediakan dua buah bilik asrama di samping menempatkan kantin sekolah di aras bawah. Dana pembinaan bangunan Maahad Tahfiz ini adalah daripada sumbangan orang ramai dan Kerajaan Negeri Selangor.

Terdahulu, surau SSAAB berharga RM560,000 yang boleh memuatkan 750 orang siap dibina dan dirasmikan pada 30 Julai 2011 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar. Dana pembinaan surau ini juga adalah hasil sumbangan orang ramai.

Dengan sambutan yang amat baik, Ridzuan melihat masa depan yang cerah untuk sistem pendidikan alternatif berteraskan al-Quran dan Sunnah di SSAAB.

“Pada tahun 2012 ini, antara perancangan sekolah adalah melibatkan ibu bapa pelajar dalam program qiamullail dan pengisian rohani. Tujuannya adalah untuk mengajak ibu bapa bersama-sama dengan pihak sekolah dalam usaha mentarbiah anak-anak mereka. Untuk guru-guru pula, kita akan menghantar mereka mengikuti kursus-kursus anjuran MUSLEH sebagaimana yang telah ditetapkan," katanya.

Menurut beliau lagi, cabaran utama SSAAB buat masa ini adalah untuk meningkatkan kualiti staf, menyelesaikan dan menambah baik isu-isu kebajikan guru serta menyediakan guru-guru yang benar-benar memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Al-Amin.

al-amin bangi

al-amin bangi

Comments  

 
0 #12 a 2013-12-30 23:31
kain sekolah menengah tingkatan 1, warna ape eh ?
Quote
 
 
0 #11 mama 2013-08-30 21:19
ada tak pengangkutan dari al-amin bangi ke Bandar mahkota cheras?
Quote
 
 
0 #10 mama 2013-08-30 21:18
adakah pengangkutan disediakan dari al-amin bangi ke Bandar mahkota Cheras?
Quote
 
 
0 #9 Nurul Husna Sallal 2013-07-14 13:34
saya sekolah situ
Quote
 
 
+1 #8 Nurul Husna Sallal 2013-07-14 13:33
Saya Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi Darjah 3 , 3 Ruqaiyah Best Sekolah Situ
Quote
 
 
0 #7 1234 2013-05-02 21:49
please dun tb like a shit
Quote
 
 
0 #6 Bapa 2013-01-09 15:56
Pengangkutan bas disediakan untuk pelajar SRI Al Amin Nilai untuk yang tinggal di Nilai Impian, Taman Desaria dan Bukit Mahkota disediakan.

Sila hubungi Pn. Nor 016-2549493
Quote
 
 
0 #5 Yazid Yahya 2012-12-08 22:53
...... AL-AMIN the best!!!!! ~ ^_^ ... ~ !!! ~
Quote
 
 
+1 #4 Batch 16 in SMIAAB 2012-10-02 18:11
Sekarang,SMIAAB banyak membuat aktiviti yang merapatkan ukhuwah.Yang paling gembira..nanti kami semua(SMIAAB)pe rgi lawatan.YEAY!
Quote
 
 
0 #3 hamisah 2012-09-13 13:26
salam..
asrama tu provide utk umur dari berapa ye?
terima kasih
Quote
 
 
+4 #2 affy011 2012-06-27 21:34
al-amin bangi the bezz!!thn 2012 ialah thn terakhir sye di Sri A-Amin Bangi..huhu..sedihnya..ape2 pon..al-amin teros maju!!
Quote
 
 
+4 #1 umme 2012-01-09 10:34
Semoga Sri Al-Amin Bangi terus MAJU...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook