Anda di sini: Nasional > Istana Negara lama jadi pusat konvensyen

Istana Negara lama jadi pusat konvensyen

Share

istana negara

KUALA LUMPUR - Bangunan Istana Negara lama bakal dijadikan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), demikian menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.


“Cadangan itu dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuaratnya.”

Beliau akan menjemput wakil dari MICE untuk mengkaji pelaksanaan berkenaan dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada supaya kos penyelenggaraan dapat diminimumkan.

“Sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) juga akan dilantik bagi menilai serta mengkaji cadangan ini.”

Dr Ng berkata, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebelum ini juga ada membangkitkan cadangan menggunakan semula istana tersebut untuk menjaga sejarah negara.

“Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan mengkaji untuk mewujudkan galeri serta muzium bagi menarik kedatangan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan juga bersetuju untuk menempatkan semula pengawal keselamatan berkuda di pintu utama istana tersebut bagi menarik semula kehadiran pelancong yang gemar mengambil gambar di pintu utama istana.

“Pengawal keselamatan berkuda sudah menjadi tanda perdagangan serta ada sejarah yang mesti dikekalkan bagi menarik pengunjung berikutan sebelum ini daya tarikan itu mampu menggalakkan kunjungan kira-kira sejuta pelancong.”

Tambahnya lagi, ia bakal menjadi produk pelancongan baru kepada negara yang bakal menarik minat pelancong untuk datang melawat negara kita serta mendalami sejarah raja-raja Melayu.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook