Rabu, 23 Julai 2014

Kemaskini Terakhir11:14:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Khidmat guaman percuma

Khidmat guaman percuma

Share

KUALA LUMPUR – Golongan kurang berkemampuan layak mendapat bantuan dan nasihat guaman Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBK) bagi semua jenis kesalahan jenayah kecuali yang membawa hukuman mati.

“Bagi kesalahan yang membawa hukuman mati, mahkamah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik mahkamah. Bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah pula akan diberikan kepada warga negara yang memerlukan bantuan guaman pada peringkat tangkapan, reman atau tahanan dan permohonan ikat jamin tanpa had pendapatan,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurutnya, satu ujian kemampuan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan orang yang akan menerima bantuan guaman pada peringkat perbicaraan dan rayuan di mahkamah.

“Perkhidmatan peguam YBGK hanya akan diberikan kepada warga negara Malaysia yang memenuhi syarat dua kategori. Mereka yang mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM25000 setahun akan diberi bantuan guaman secara percuma,” katanya menjawab soalan bertulis Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim meminta penjelasan adakah setiap tertuduh dalam kes jenayah ditawarkan khidmat guaman melalui YBGK untuk membela mereka.

“Mereka yang mempunyai sumber pendapatan melebihi RM 25000 setahun tetapi tidak melebihi RM 36000 setahun akan dikenakan bayaran RM300.”

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, bantuan guaman dalam kes jenayah penting bagi memastikan semua pihak mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang sebagaimana termaktub dalam Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila seseorang warga negara ditahan atas kesalahan jenayah, agensi penguatkuasaan yang berkenaan akan menghubungi Pusat Bantuan Guaman Negeri di bawah Majlis Peguam di Semenanjung Malaysia dan Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak bagi mendapatkan khidmat peguam yang berdaftar dengan YBGK.

YBGK diperbadankan pada 25 Januari 2011 sebagai satu syarikat khairat mengikut Akta Syarikat 1965 (Akta 125) akan memulakan operasinya pada akhir bulan ini.

Comments  

 
0 #7 ruzki 2014-06-24 07:56
Baru2 ni anak saya di saman di depan rumah di luar pagar dlm kawasan perumahan keadaan engin moto belum di hidupkan atas kesalahan memandu di bawah umur..dan moto di bawa ke balai oleh kereta peronda..dan sehari selepas ituapa bila di siasat..nombor moto tersebut tiada dlm senarai penahanan dan moto tersebut di lepaskan..namun masih lg perlu ke mahkamah pada 31 hb 7 2014..bersama anak saya ketika itu ada 5 biji moto lg..tetapi saman tidak di keluarkan..rasanya boleh tak saya bawa keatas kes ini.
Quote
 
 
0 #6 Vignes Viki 2014-06-23 20:56
Saya vignes dan rakan rakan telah di tipu oleh salah satu skim pelaburan sebanyak RM 25.000 sekarang saya contact peguam
Quote
 
 
0 #5 Khairol bin kamisan 2014-06-02 21:15
Selamat sejahtera...saya basal dari johor bahru.Bagaimana saya hendak berurusan.saya ditipu,sekarang account bank sy di bekukan..
Quote
 
 
0 #4 hazrol 2014-05-31 21:54
macam saya nak hubungi peguam percuma ni?
Quote
 
 
0 #3 man 2013-06-22 23:41
hi....saya man macam mana saya mahu dapatkan kidmat peguam percuma nie..saya amat memerlukan sangat-sangat..saya berada di kawasan hutan melintang perak
Quote
 
 
0 #2 Siti Syarliza 2013-05-21 11:22
saya telah ditipu oleh pemaju perumahan iaitu Rexill di penang.
Loan di bank telah diluluskan dan 2 tahun telah saya bayar..
pemaju tidak dapat menyiapkan rumah yang telah ditandatangani yang akan siap pada tahun 2011 tetapi hingga kini tidak selesai. KPKT telah mendapati rumah ini dalam kategori rumah yang sedang sakit. Pada bulan 11 2012 pemaju telah berjumpa dengan pembeli dan berjanji akan membayar semua ganturuga yang telah dikeluarkan oleh pembeli dalam tempoh 2 bulan tetapi hingga kini belum membayar gantirugi itu.. Saya tidak mampu untuk melantik peguam swasta untuk mengadili saya dalam perkara ini. Layakkah saya mengambil biro guaman percuma dan bagaimana cara untuk membuatkan pemaju mengembalikan semula gatirugi itu??
Quote
 
 
0 #1 ZAINAF BINTI HUSAIN 2012-04-01 22:09
Kakak saya ZAITON BIN HUSAIN, No KP 561104085898 telah kehilangan wang sebanyak RM26,500 yang disimpan di Tabung Haji Parit Buntar Perak. Yang menyedihkan, kehilangan wang baru disedari setelah 2 tahun wangnya dicuri (2009), apabila hendak mendaftar haji akhir tahun 2011. Semua pihak tidak mahu bertanggung jawab kerana tiada lagi cctv kerana telah lama, dan terdapat salinan kad pengenalan kakak saya dan cap ibu jari(pencuri) yang membuka buku baru dan ATM (untuk menyenangkan pengeluaran wang) di Bank Rakyat, Kulim, Kedah.
Apakah perlu dibuat? Saya telah melapor ke balai polis, buat aduan ke Tabung Haji dan Bank Rakyat berkenaan. Bagaimana hendak mendapat wang kembali dan dapat menunaikan rukun Islam kelima?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook