Isnin, 20 Oktober 2014

Kemaskini Terakhir11:38:22 PM EST

Anda di sini: Nasional > Mufti dinaik taraf

Mufti dinaik taraf

Share

BANGI - Jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


“Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara.”

Selain itu, tambahnya akan ada kesamaan daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco.

“Kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi,” jelasnya.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook