Khamis, 24 April 2014

Kemaskini Terakhir01:31:27 AM EST

Anda di sini: Nasional > Malaysia tolak tuduhan Indonesia isu bedah siasat penjenayah

Malaysia tolak tuduhan Indonesia isu bedah siasat penjenayah

Share

KUALA LUMPUR - Malaysia menolak tuduhan bahawa tiga warga negara Indonesia yang dibawa pulang ke tanah airnya dengan organ tubuh yang hilang adalah mangsa perdagangan organ.


“Mereka ditembak berhampiran Port Dickson bulan lalu,” demikian menurut seorang pegawai polis Malaysia yang enggan dikenali.

Tambah beliau lagi, pembedahan terhadap ketiga-tiga mangsa dilakukan dua hari selepas insiden. “Jadi mengapa perlu satu bulan untuk pihak Indonesia mengungkit kes ini?” soalnya.

“Organ (manusia) yang akan didermakan harus dikeluarkan setelah penderma meninggal. Jika tidak, organ itu tidak akan berguna sama sekali. Sebagai contoh, kornea mata yang akan didermakan harus dikeluarkan paling tidak enam jam selepas kematian. Jika lewat, organ itu tidak boleh digunakan lagi,” jelas pegawai tersebut.

Beliau memberikan respon demikian setelah adanya dakwaan bahawa ketiga-tiga mangsa dibawa pulang ke negaranya dalam keadaan mencurigakan.

“Ketiga-tiga mereka adalah penjenayah yang maut ditembak polis ketika hendak menyerang polis di DaerahLinggi,” beliau memberitahu.

Menurut laporan, kerajaan Indonesia mengatakan pada bahagian mata mangsa ada jahitan yang tidak wajar selain terdapat kesan pembedahan pada bahagian dada dan di sekitar perut.

“Pihak kami terpaksa melepaskan tembakan ke arah tiga suspek itu kerana mereka menyerang ketika diarah untuk menyerah,” kata Ketua Polis Linggi SAC Osman.

Osman berkata, ketiga-tiga mereka tidak membawa dokumen pengenalan apa pun.

“Tiga warga Indonesia yang dikatakan menjadi mangsa perdagangan organ itu dikenali sebagai Herman, Abdul Kadir Jaelani dan Mad Noon.”

Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Marty Natalegawa mengatakan, pihaknya telah mengutuskan sebuah pasukan khas ke Malaysia untuk melakukan siasatan.

Pasukan itu terdiri daripada kakitangan Kementerian Luar, manakala pejabat Bahagian Perlindungan Warga Negara Indonesia ditugaskan mengumpulkan maklumat serta pelbagai fakta berkaitan kes ini.

Selain itu, Menteri Luar juga menegaskan, pihaknya telah menghubungi hospital di Malaysia yang menjalankan pembedahan terhadap ketiga-tiga mangsa tersebut.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook