Anda di sini: Nasional > Perlindungan kepada media perlu ada

Perlindungan kepada media perlu ada

Share

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang ditetapkan setiap 3 Mei, Transparency International Malaysia (TI-M) menyarankan, perlindungan sewajarnya diberi kepada media Malaysia untuk membolehkan mereka menunaikan tugas tanpa gentar dan pilih kasih.


“Usaha perlu dilakukan agar media sentiasa diberi perlindungan dalam menunaikan tugasnya untuk mendokumenkan dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat,” ujar presidennya Datuk Paul Low.

Beliau menegaskan bahawa wartawan memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengawal kepentingan orang ramai.

“Kewujudan media yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak adalah penting dalam mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa, di samping menjadi alat penting dalam usaha memerangi rasuah.”

Tambah Low lagi, mereka menghayati cita-cita rakyat serta mewujudkan unsur-unsur memantau dan menegur yang amat diperlukan dalam demokrasi yang mekar subur dan terbuka.

“TI-M berharap cadangan agar semua parti yang bertanding pada pilihan raya diberi ruang secara adil dan bebas di dalam media, seperti yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan Parlimen bulan lepas, dapat dilaksanakan dengan segera.”

Selain itu harapannya, TI-M menyeru media supaya bersikap adil, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan memberi liputan secara sama rata kepada semua parti politik, terutama pada pilihan raya umum akan datang

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook