Selasa, 21 Oktober 2014

Kemaskini Terakhir02:22:36 AM EST

Anda di sini: Nasional > Undang-undang patut benar akhbar, TV pembangkang

Undang-undang patut benar akhbar, TV pembangkang

Share

nouvelle

KUALA LUMPUR “Petunjuk asas kepada kebebasan media adalah undang-undang yang membenarkan penerbitan akhbar dan televisyen dengan kecenderungan politik berbeza dan yang paling minimum dalam kebebasan media ini adalah apabila semua pendirian media baik yang pro-PAS, pro-PKR, pro-BN, dibenarkan kewujudannya melalui perundangan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian dalam sesi akhir Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas” anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) yang berlangsung di Hotel Nouvelle, Sungai Besi pada 12 Mei lalu.

Kenyataan Izzah itu dibuat kerana beliau sebelum ini pernah memohon permit menerbitkan akhbar Utusan Rakyat bersama bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari tetapi tidak diluluskan Kementerian Dalam Negeri.

Pada sesi sebelumnya, aktivis Hishamuddin Rais berpandangan bahawa konsep kebebasan media perlu diganti dengan hak kepada media bagi memastikan akses media yang adil dalam pilihan raya umum akan datang.

“Pembayar cukai mesti diberi akses dalam media rasmi,” demikian pula Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), V Ambalagan mengutarakan pendapatnya.

Menyokong Ambalagan adalah mantan Ketua Pengarang New Straits Times (NST) Datuk A Kadir Jasin bahawa media alternatif termasuk media yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat dan pembangkang  adalah pembayar cukai.

Konvensyen pada hari Sabtu itu dihadiri golongan wartawan dan penggiat blogger tempatan.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook